USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUMBANGAN KERUSI RODA PENUH MAKNA

IMG 5360dfgh

KUBANG KERIAN, 8 Oktober – Sebuah kerusi roda mampu memberikan sejuta harapan kepada pengidap penyakit ‘Congenital Hydrocephalus’, Siti Nuralisa Maisarah Che Hassan, 8, yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik ini.

Siti Nuralisa pernah mendapatkan rawatan di Hospital USM yang rawatan susulan terhenti sejak tahun 2008 disebabkan keluarganya menghadapi masalah kewangan.

Bapanya, Che Hassan bin Samah, 51, berkata, rawatan Siti Nuralisa terhenti kerana memerlukan perbelanjaan yang agak besar untuk mendapatkan rawatan di HUSM sedangkan pendapatan yang diperolehi hasil daripada menoreh getah hanya cukup untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

“Walaupun rawatan terpaksa dihentikan namun saya bersyukur kerana selama tempoh tersebut anak saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang kritikal, selain daripada demam biasa sahaja," katanya.

IMG 5368gh

Tambahnya, Siti Nuralisa sentiasa ketawa, ceria dan petah bercakap seperti kanak-kanak yang lain walaupun tidak mampu menguruskan diri sendiri dan kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan serta kekuatan kepadanya.

Che Hassan redha dengan apa yang dihadapi oleh anaknya kerana yang pentingnya ialah melihat puterinya gembira.

"Saya sangat berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh HUSM yang membantu mendapatkan sumbangan kerusi roda berharga RM2000 dan juga bantuan tambang perjalanan untuk mendapatkan rawatan di HUSM selama tiga tahun yang diharap dapat membantu menjalani kehidupan yang selesa bagi penjagaan kesihatan yang lebih sempurna selain meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga," katanya lagi.

IMG 5373fgj

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Sokongan Klinikal, Dr. Tengku Mastura Tengku Mohd mewakili Pengarah Hospital.

Yang turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Kebajikan Perubatan, Mohamad Sharai Ibrahim, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Mohd Amri Sallehuddin dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Muhammad Adli Rozak.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1187

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024