USM TERUS PANTAU JEREBU: KULIAH DAN TUTORIAL BERJALAN SEPERTI BIASA
PULAU PINANG, 5 Oktober 2015 - Kuliah dan tutorial di semua kampus Universiti Sains Malaysia (USM) akan berjalan seperti biasa setelah malam tadi Pendaftar Siti Zubaidah A. Hamid mengumumkan penangguhan semua aktiviti akademik hari ini.
Memandangkan indeks pencemaran semakin bertambah baik, semua aktiviti akademik akan berjalan seperti biasa esok Selasa 6 Oktober 2015.
Walau bagaimanapun Bilik Gerakan Jerebu di Pusat Sejahtera USM berjalan seperti biasa yang akan terus memantau perkembangan semasa jerebu dan memberitahu sebarang tindakan susulan demi kesejahteraan pelajar dan warga kampus lainnya.
Hari ini, Naib Canselor Profesor Dato' Dr. Omar Osman menasihati warga kampus agar terus bertenang dan menjalankan aktiviti seperti biasa dengan mengurangkan aktiviti di luar bangunan.
"Kita terus mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau perkembangan yang ada serta akan memaklumkan apa jua tindakan yang perlu dengan nasihat-nasihat yang bersesuaian dari semasa ke semasa," kata Omar.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 798