USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BETA JUARAI 'UUM HOCKEY CHAMPIONSHIP 2015'

1444177968026

PULAU PINANG, 5 Oktober 2015 – Pasukan Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengharumkan nama universiti dengan menjuarai 'UUM Hockey Championship 2015' pada pertandingan yang berlangsung pada Sabtu lalu di Turf Hijau Kuning, Alor Setar, Kedah.

USM telah menghantar dua pasukan ke pertandingan ini iaitu USM ALPHA dan USM BETA yang para pemainnya terdiri daripada campuran antara pelajar dan staf USM.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang merangkap jurulatih dan pemain, Dr. Jamalsafri Saibon, para pemain telah menunjukkan permainan yang cemerlang dan konsisten sepanjang kejohanan ini berlangsung.

"Kejohanan ini merupakan persediaan awal untuk USM bagi menghadapi Pesta Hoki USM 2015," katanya.

Tambah Jamalsafri, pasukan USM diperkuat dengan pemain kebangsaan, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan bekas pemain remaja kebangsaan, Muhammad Izzat Mohd Rahim daripada Jabatan Pembangunan USM.

1444177471463

Pada perlawanan akhir, keputusan telah memihak kepada USM BETA apabila penjaring terbanyak kejohanan, Izwan Firdaus menjaringkan gol yang melenyapkan impian pencabar RAINBOW Kedah dengan jaringan tunggal perlawanan.

Pertandingan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima penyertaan 11 pasukan iaitu UUM Student, UUM Staff, UNIMAP Student, UNIMAP Staff, KRAS, MATRI, KOBOI, RAINBOW, USM ALPHA, USM BETA dan OFA.

Keputusan rasmi: Johan USM Beta, Naib Johan Rainbow (Kedah) dan Tempat Ketiga KRAS (Kedah).Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Dr. Jamalsafri Saibon

  • Created on .
  • Hits: 1241

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024