USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

600 ORANG SERTAI LARIAN KOMUNITI FIT MALAYSIA

IMG 5085

KUBANG KERIAN, 3 Oktober 2015 – Seramai 600 orang peserta termasuk daripada Terengganu dan Thailand telah menyertai Larian Terbuka Kelantan 2015 anjuran Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

Perasmiannya disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan Md Sulji Zakaria. Yang hadir sama ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim serta Wakil Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim.

IMG 5246

IMG 5338

Bertemakan ‘Komuniti Fit Malaysia’ untuk memupuk semangat kesukanan dan jalinan muhibbah antara masyarakat, acara tersebut mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Pengarah Larian berkenaan, Profesor Madya Dr Mohamed Saat Hj. Ismail berkata, Pemilihan tema pada tahun ini adalah selaras dengan konsep ‘Fit Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

IMG 5271 A

“Larian terbuka ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh PPSK dan ianya adalah bertujuan menyahut seruan KBS untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya mengamalkan cara hidup yang sihat," kata Mohamed Saat.

Tambahnya lagi, banyak aktiviti sukan yang boleh diamalkan oleh semua dan berlari merupakan senaman terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping memberi kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.

Yang menarik, acara pada tahun ini turut memperkenalkan kategori keluarga. Pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah berupa wang tunai, pingat serta sijil penyertaan.

IMG 5349

Di samping acara larian, turut diadakan mini karnival seperti gerai-gerai jualan makanan yang diusahakan oleh golongan kurang upaya intelek dan pekak, urutan refleksologi oleh golongan kurang upaya buta serta pemeriksaan kesihatan.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid

Foto: Mohd Asrar Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 1216

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024