USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PP KOMUNIKASI SAMBUT BAIK KOLABORASI BIDANG MEDIA DENGAN MPRC

IMG 0018gjhg

PULAU PINANG, 3 Oktober 2015 – Kolaborasi antara Berita Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) akan membantu dan memberi ruang kepada PP Komunikasi untuk berada pada satu tahap yang lebih tinggi dari sudut idealistik dan praktisnya dalam penerbitan berita.

Demikian penjelasan Dekan PP Komunikasi, Prof. Madya Dr. Jamilah Ahmad pada sesi sarapan dan sembang santai bersama warga Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), kakitangan Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) dan para pelajar tahun akhir PPK yang bertanggungjawab dalam penerbitan Berita Kampus (BK) bersama MPRC di Galeri MPRC hari ini.

“Saya juga berharap dengan kolaborasi sebegini, ianya dapat menambahbaik praktis dan kecekapan para pelajar PP Komunikasi serta profesionalisme mereka dan sudut kebolehpasaran para pelajar ini kelak setelah bergraduasi mempunyai lebih nilai tambah dalam alam pekerjaan,” katanya.Menurut pelajar PP Komunikasi, Ilaiya Barathi, 22, dari jurusan kewartawanan, kerjasama seperti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan memberi ruang serta peluang yang luas dalam penerbitan berita akhbar yang bukan hanya tertumpu di dalam makmal semata-mata.

 DSC6927sad

Sementara itu, Fan Wei Sin Joyce, 22, pula berkata, kolaborasi ini dapat meningkatkan lagi status Berita Kampus sebagai akhbar yang bukan hanya tertumpu di dalam kampus, tetapi mendapat pengiktirafan di luar dari kampus tercinta ini.

 DSC6929hbv

Muhammad Khairi Noor Azli, 22, mengulas, keyakinan dan pendedahan awal seperti ini dapat mempersiapkan diri para pelajar untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan kelak dan berterima kasih kepada MPRC yang mengalu-alukan untuk menempatkan para pelajar PP Komunikasi untuk mengadakan latihan industri di Pusatnya.

 DSC6930ghv

Selain itu, Nur Awanis Rosni, 23, pula berkata, perkara ini adalah sesuatu yang baik kerana memberi peluang kepada pelajar kewartawanan dan media untuk bekerjasama dengan satu organisasi USM dalam meluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang pemberitaan.

“Para pelajar seperti kami berharap supaya diberi satu platform sebegini yang dapat memberi peluang bukan hanya menumpukan kepada pembelajaran dan penulisan berita di makmal sahaja tetapi juga kepada penulisan berita berunsur realiti dan fakta," tambahnya lagi.

IMG 0145jhm

Turut hadir ke sesi ini adalah Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Dr. Omar Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Dekan PP Seni Prof. Madya. Mohamad Omar Bidin, Pengarah MPRC Mohamad Abdullah, pensyarah-pensyarah PP Komunikasi, pelajar-pelajar Berita Kampus USM dan staf MPRC.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Zamani Abd Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1150

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024