USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LIBATSAMA PEMIMPIN PELAJAR DAN KERAJAAN PENTING UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA

12096179 10207688932365719 9136454297649748194 n

BUTTERWORTH, 2 Oktober 2015 - Libatsama pemimpin pelajar dengan pihak kerajaan perlu dipereratkan lagi demi pembangunan dan kemajuan negara.

Demikian amanat Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bertemu pemimpin-pemimpin dari Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) yang baharu dilantik hari ini.

Mereka diberi penghormatan itu ketika Timbalan Perdana Menteri hadir satu mesyuarat di sini petang ini.

12079074 10207688934765779 3807438430558358833 n

"Pemimpin pelajar perlu bersama-sama dengan pengurusan universiti dan pengurusan universiti juga perlu bersama-sama dengan pelajar apatah lagi dengan kepimpinan negara," katanya lagi.

Ahmad Zahid turut menasihatkan pemimpin pelajar agar selalu bersyukur dengan keadan negara yang aman dan makmur tidak seperti negara-negara lain yang terus bergolak."Pemimpin pelajar juga perlu menghadapi cabaran yang lebih kuat pada saat semakin banyak anasir jahat yang menular yang berusaha meruntuhkan perpaduan rakyat dan masyarakat," katanya lagi.

Ahmad Zahid turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MPPUSM serta memuji usaha kepimpinan tertinggi USM dalam menghakupaya pelajar.

"Memperolehi sesuatu kejayaan memang sukar tapi untuk mempertahankan kejayaan itu jauh lebih payah kerana memerlukan komitmen berterusan untuk mencapai kejayaan," tambahnya lagi.

12143108 10207688935165789 8172533424057357261 n

Beliau juga meminta agar MPPUSM terus memainkan peranan memupuk integrasi nasional untuk meneruskan pembangunan negara pada masa hadapan.

Yang hadir sama ialah Menteri Pertahanan Dato' Sri Hishammudin Hussein, Timbalan Menteri Luar yang juga Menteri Mentor USM Reezal Merican Naina Merican, Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Yang Dipertua MPPUSM Mohd Fahmi Mohd Fadzli serta beberapa orang timbalan menteri dan pegawai tinggi kerajaan lain.

Teks: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 710

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024