USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SISTEM PENDIDIKAN INDIA ANTARA YANG TERBAIK

 DSC4495hhffh

PULAU PINANG, 27 September 2015 - Umum mungkin tidak menyedari akan fasiliti pendidikan di India yang dianggap antara yang terbaik seperti mana kejayaan hubungan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan India melalui Program Perubatan Antarabangsa (IMP) dengan Karnataka Lingayat Education Society (KLE) yang kumpulan pertama graduannya  akan berijazah pada tahun ini.

Wakil Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Sushovan Sengupta ketika Program USM 2nd Ambassadors Summit 2015 di USM baru-baru ini berkata, pelajar-pelajar di KLE juga menyarankan agar USM dapat meneroka pengajian dalam lapangan pascasiswazah untuk bidang perubatan pada masa akan datang.

"Ilmu boleh diperolehi dari segenap pelosok dunia ini dan India menerima pelajar dari Malaysia yang mempunyai kelayakan  mengikut keperluan Universiti di sini yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan dan universiti di India juga menerima pelajar luar negara dalam kuota yang terhad untuk menyambung pengajian di institusi pendidikan di negaranya," tambah Sushovan.

Tegas Sushovan lagi, sistem pendidikan di India mempunyai kualiti yang amat baik dan kosnya amat berpatutan.

 DSC4512hb

"Permasalahan atau sekatan bagi Malaysia ialah sesetengah Ijazah Sarjana Muda dari India tidak diiktiraf di sini oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA), justeru MQA perlu menasihati pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di India untuk memilih institusi pendidikan yang diiktiraf olehnya.

Sementara itu, Pro Canselor, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur yang menjadi moderator sesi ini berkata, sistem pendidikan kita amat terhutang budi kepada India kerana sistem pendidikan India menjadi tempat rujukan dalam sejarah awal pendidikan negara dan kebanyakan pelajar perubatan swasta dari Malaysia akan pergi ke India untuk mengikuti pengajian.

 DSC4456ghy

Bagi Program USM Ambassadors Summit tahun ini, sebanyak 10 negara mengambil bahagian iaitu Malaysia (USM), Bangladesh, Denmark, India, Indonesia, Perancis, Pakistan, Republik Czech, Palestin dan Nigeria.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1096

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024