USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEJABAT PERUNDANGAN PERHALUSI STATUT DAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR USM 2015

Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM) berusaha memperhalusi dan memperjelaskan perincian yang terdapat dalam Statut dan Kaedah Tatatertib Pelajar melalui bengkel khas yang diadakan minggu lalu.

Penasihat Undang-Undang USM, Khairul Anuar Che Azmi menjelaskan bahawa bengkel itu bertujuan menggubal, meminda, dan memuktamadkan 37 statut dan 1 kaedah tatatertib pelajar yang baharu untuk USM dalam memperjelaskan hal-hal yang terkandung dalam semua perkara tersebut.

"Perkara utama yang ingin dicapai adalah untuk menggubal dan memuktamadkan perundangan  di peringkat USM yang memberi tumpuan pada kaedah tatatertib pelajar 2015 dan autonomi dalam buku playbook governan dengan statut yang perlu penggubalannya di peringkat USM sahaja," jelas Khairul.

Tambahnya lagi, isu terkini yang ingin diperhalusi adalah berkaitan kes pelajar menggunakan perkataan tidak sopan dalam laman sosial dan 5 jenis hukuman yang dikenakan kepada pelajar apabila melanggar tatatertib. 

Sementara itu, Ketua Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Tinggi, Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamad pula berkata, bengkel ini diharapkan dapat menyelesaikan isu-isu semasa yang timbul berkaitan dengan hal yang berkaitan proses perundangan dan tatatertib pelajar, polisi yang digunakan oleh universiti dari aspek autonomi dan penyeragaman berkaitan dengan kaedah tatatertib pelajar secara menyeluruh.

"Bengkel ini diharap dapat mencapai matlamat dari segi Statut dan Kaedah Tatatertib Pelajar 2015 mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971," tambah Nik Ahmad Marzuki lagi.

Bengkel yang diadakan dari 20 - 22 September 2015 turut disertai oleh pegawai-pegawai bahagian governan dan undang-undang Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan pegawai undang-undang dari Pejabat Perundangan USM.

Teks & Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah​

  • Created on .
  • Hits: 1090

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024