USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FUN RUN KEMUNCAK SAMBUTAN JUBLI PERAK PPP

 DSC5808fgn

PULAU PINANG, 23 September 2015 - Program Larian Ria Universiti Sains Malaysia (USM) atau USM Fun Run 2015 yang akan diadakan pada 10 Oktober 2015 nanti adalah program kemuncak sambutan 25 tahun Pusat Pengajian Pengurusan (PPP).

"Larian ini terbuka kepada semua pelajar dan staf USM serta masyarakat umum dengan bayaran serendah RM20 untuk pelajar dan RM30 untuk staf dan orang awam," kata Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman dalam sidang media hari ini.

"Selain mendapat sijil penyertaan dan mengamalkan gaya hidup sihat, para peserta juga berpeluang untuk melihat lebih dekat kawasan sekitar USM yang juga dikenali sebagai Universiti dalam Taman sejauh 5.5 kilometer," tambah Omar.

"Yuran penyertaan tersebut kemudian akan disumbangkan kepada Yayasan USM yang akan digunakan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan selari dengan tema sambutan Jubli Perak iaitu "Humanising Sustainable Excellence'.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena larian tersebut termasuk demostrasi layang-layang, mencanting batik, permainan tradisional dan program kesedaran Tabung Haji.

Warga USM dan masyarakat umum yang ingin menyertai larian tersebut boleh melayari laman sesawang PPP di www.som.usm.my atau hubungi Zainuddin di talian 017-5859011 dan Naz 013-5892256.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1011

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024