USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PADU ANJUR PROJEK “HOLE IN THE HEART”

IMG 4295

KUBANG KERIAN, 20 September 2015 – Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU) melalui Tabung Kebajikan dan Pendidikan PADU (PADUcare) melancarkan program 'Hole In The Heart' melalui kerjasama dengan Mydin Holding Bhd yang memberi makna serta harapan baharu kepada pesakit kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung berlubang.

Menurut Pengerusi PADU Profesor Dato’ Dr. Jafri Malim Abdullah, projek ini berusaha mengumpulkan dana untuk membantu pesakit jantung berlubang dalam kalangan kanak-kanak terutamanya untuk tujuan pembedahan.

IMG 4333a

“Terdapat sembilan dari 1,000 orang kanak-kanak yang dilahirkan mengalami masalah jantung berlubang dan perlu melakukan rawatan segera untuk meneruskan kehidupan menyebabkan PADU terpanggil untuk membantu mereka yang malang ini terutamanya yang datang dari keluarga kurang berkemampuan," kata Jafri.

Majlis disempurnakan oleh Lembaga Pengarah PADUcare, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Roslani Abdul Majid yang berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana banyak mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat dan meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

“Kami menghargai sumbangan semua pihak termasuk prrtubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta kerana turut sama membantu dalam usaha murni ini," kata Roslani.

IMG 4297

Tambahnya lagi, golongan kurang berkemampuan wajib dibantu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kelompok masyarakat yang memerlukan perhatian semua yang jika kita tidak turun padang menjayakan aktiviti sebegini, siapa lagi yang akan melakukannya.

Pada majlis tersebut seramai empat orang kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung berlubang menerima replika cek yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM13,988.00 bagi membiayai kos rawatan.

Bapa pesakit, Mohd. Rafi Kadir, 44, amat berterima kasih kepada pihak PADU kerana menghulurkan bantuan kepada anaknya Mohd Akhil berumur enam tahun yang disahkan mengalami kerosakan injap di bahagian jantung untuk menjalani pembedahan.

”Usaha murni para doktor ini bukan sahaja memberi rawatan tetapi berusaha mencari dana dalam bentuk kewangan menyentuh hati saya terhadap mulianya warga USM dalam memberikan perawatan berkualiti kepada pesakit," kata Mohd. Rafi.

Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian Profesor Dr. Adam Hussin, Timbalan-timbalan Dekan, pegawai utama USM, wakil Ahli Lembaga Pengarah PADUcare, wakil pihak Mydin Mohamed Holding Bhd serta beberapa wakil dari Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia.

Teks: Mohamad Iqmal Mathlan & Abd Aziz Latif

Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 923

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024