USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR MERIAHKAN MALAM VARIASISWA USM 2015

PULAU PINANG, 18 September 2015 - Kehadiran Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman ke Malam Variasiswa USM 2015 mendapat sambutan meriah dari pelajar.

"Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa yang hadir pada malam yang bermakna ini untuk melakukan persembahan atau pun yang hadir sebagai penonton serta para Pembimbing Pelajar Siswa Lestari (PPSL) dan paling utama para penggawa-peggawa desasiswa USM," ucap Omar yang mendapat tepukan dari para pelajar yang ceria menenuhi Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP).

Tambah Omar, tema Mahasiswa Sehati Sejiwa yang diterapkan pada malam variasiswa kali ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan antara semua dan kecemerlangan USM dapat dicapai jika semua bekerja bersama-sama untuk memacu universiti ini mencapai tahap yang lebih membanggakan apatah lagi mengadaptasi diri masing-masing dengan moto USM iaitu Kami Memimpin.

Naib Canselor berpesan agar mahasiswa memberi fokus untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Juara Malam Variasiswa ialah Desasiswa Fajar Harapan dari Kampus Induk USM.

Desasiswa-desasiswa yang terlibat untuk program malam ini adalah Restu, Aman Damai, Fajar Harapan, Saujana, Tekun, Cahaya Gemilang, Bakti Permai, Indah Kembara, Nurani, Jaya, Lembaran dan Murni.

Program malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas dari kumpulan Sada Borneo dan Adikarma USM.

Yang hadir sama ke Program Malam Variasiswa 2015 ini adalah Penggawa-Penggawa Desasiswa USM, pegawai-pegawai tertinggi USM dan para pelajar dari ketiga-tiga kampus USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Zamani Abd Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1059

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024