USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PUPUK MINAT AWAL NEUROSAINS

IMG 8276

KUBANG KERIAN, 16 September 2015 – Penganjuran Mini Malaysia Brain Bee Challenge (MBBC) Junior peringkat Zon Pantai Timur (Zon E) di Kampus Kesihatan baru-baru ini  merupakan  inisiatif Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) sebagai pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah terhadap bidang berkaitan.

MBBC merupakan satu pertandingan menjawab soalan sains dalam Bahasa Inggeris  kepada para pelajar sekolah rendah bagi mengenali ilmu sains khususnya sains neuro sebagai perintis berbanding sebelum ini mensasarkan pelajar sekolah menengah sahaja.

IMG 8272

IMG 8277

Menurut Ketua Jabatan Neurosains, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah, daripada kajian yang dibuat, hanya 23% pelajar sekolah rendah seluruh Malaysia meminati ilmu sains berbanding pelajar dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Korea, China dan India yang mencapai sehingga 80%.

Katanya, jika pada peringkat awal pelajar tidak didedahkan kepada ilmu sains, kemungkinan minat pelajar untuk mendalaminya akan bertambah merosot pada masa hadapan.

Program sebegini mendorong pelajar menerokai bidang sains dengan lebih mendalam terutamanya bidang sains neuro supaya dapat menyemai cita-cita untuk menjadi saintis atau pakar neuro satu hari nanti.

IMG 8265

IMG 8263

IMG 8281

Kira-kira 250 orang pelajar dari 13 buah sekolah peringkat Zon Pantai Timur (Zon E) menyertai MBBC kali ini.

Empat daripadanya mempunyai Kelab Neurosains USM iaitu Sekolah Kebangsaan Zainab Satu, Kubang Kerian Tiga, Sultan Yahya Petra Satu dan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut Terengganu.

Teks/Foto: Abdul Aziz Latif & Mohammad Hairol Rasli

  • Created on .
  • Hits: 1162

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024