USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MGTF TERIMA KUNJUNGAN RASMI POLITEKNIK KEJURUTERAAN TEMASEK SINGAPURA

PULAU PINANG, 17 September 2015 – Kegembiraan terpancar di wajah pelajar-pelajar dari Politeknik Kejuruteraan Temasek Singapura ketika mengadakan lawatan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) hari ini.

Ketua rombongan yang merupakan seorang pensyarah Kejuruteraan Komputer, Lew Tong Kong menzahirkan perasaan teruja ketika berkunjung ke MGTF kerana dapat melihat dari dekat hasil karya seni yang dipamerkan di sini yang baginya  begitu unik dan jarang sekali dapat dilihat di Singapura.

"Walaupun keadaan udara di sini masih berjerebu, saya dan pelajar tetap juga menempuh perjalanan ke USM ini untuk berkunjung ke MGTF kerana keadaan jerebu di Singapura adalah lebih teruk dari di sini," katanya ketika ditemubual.

Lew kagum dengan MGTF kerana selama ini hanya mendengar mengenai muzium ini, tetapi akhirnya dapat menjejak kaki ke sini serta melihat dengan mata sendiri nilai estetika yang dipamerkan di sini walaupun dia adalah seorang daripada bidang sains.

"Lawatan ini adalah kali pertama dari politeknik ini ke Pulau Pinang khususnya USM dan suasana kampus yang berunsurkan kampus dalam taman ini amat mempesonakan," ujarnya lagi.Seramai 16 orang pelajar dan 2 orang pensyarah terlibat dalam lawatan rasmi ini yang dalam rangka lawatan ke negeri Pulau Pinang.

Teks & Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 827

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024