USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANAK SARAWAK USM MERIAHKAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG, 17 September 2015 – Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang  di Padang Kota Lama dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar dari Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA) Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat persembahan berkisarkan kisah lagenda Puteri Santubong dan lagu-lagu joget tanahair.

Presiden PERKASA, Supia Anak Tungan berkata, keunikan persembahan kumpulan Seri Witari ini terletak pada tema seni tariannya yang lebih menekankan aspek tarian dari negeri Sarawak yang jarang dipersembahkan di Pulau Mutiara ini.

“Pihak penganjur menjemput kami untuk mengadakan persembahan kerana mereka memperolehi maklumat tentang kumpulan ini dan mempunyai keyakinan yang tinggi kepada kami untuk mengadakan persembahan di hadapan ribuan penonton yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di sini yang kami anggap  satu penghormatan tinggi yang diberikan pihak penganjur kepada bakat yang ada di USM,” kata pelajar tahun 3 PP Sains Kemasyarakatan itu.

Supia amat berharap para pelajar USM akan menyokong akitiviti yang dijalankan oleh PERKASA pada masa hadapan dan berharap agar mereka mempelajari kepelbagaian budaya Sarawak menerusi persembahan seperti ini.

Supia menyeru agar persatuan-persatuan pelajar USM mengetengahkan bakat dan kebolehan yang ada untuk mempromosikan nama USM ke seluruh pelosok negara dan seterusnya antarabangsa.Kumpulan Seri Witari terdiri daripada 5 orang pelajar USM anak kelahiran negeri Sarawak dan seorang berasal dari negeri Kedah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 948

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024