USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEKNIK P&P HARUS SELARI DENGAN TEKNOLOGI

311113-1

PULAU PINANG, 31 Oktober 2013 – Selari dengan perkembangan teknologi , teknik pembelajaran dan pengajaran (P&P) juga berkembang dengan penggunaan teknologi terkini. Oleh yang demikian, Universiti Sains Malaysia(USM) melalui Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik & Penasihatan & Pembangunan Pelajar (CDAE) dan Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) dan menganjurkan Seminar Tahunan Pengajaran dan Pembelajaran 2013.  

Pada tahun ini seminar ini berkisar mengenai Budaya Baru Pembelajaran dan Pengajaran dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) yang mewakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Ahmad Shukri Mustapa Kamal.  

Menurut Ahmad Shukri seminar seperti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta yang terdiri daripada para pensyarah institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) tentang kaedah P&P berasaskan teknologi. Perkongsian mengenai amalan terbaik ini dapat diaplikasikan di dalam dewan kuliah.    

“Teknik P&P yang digunakan haruslah bertepatan dan bersesuaian dengan pelajar pada masa kini, penggunaan media sosial dan kehidupan dalam dunia digital sangatlah berbeza dengan zaman-zaman kita dulu,” tambah Ahmad Shukri.  

Seminar ini dihadiri lebih 250 orang pensyarah USM dan IPTA/S begitu juga dengan para pelajar yang bakal bergelar guru. Seminar ini mula dianjurkan pada tahun 2009 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dan pada tahun ini buat pertama kalinya akan diadakan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan pada 17 November 2013.    

Antara penceramah yang dijemput adalah Canselor, University of Philippines, Profesor Dr. Grace Javier Alfonso yang berpengalam lebih 15 tahun dalam bidang multimedia dan para akademik dari universiti tempatan. Teks dan Foto: Nor Rafizah Md Zain

 

  • Created on .
  • Hits: 1045

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024