USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GRUP PENANG OPERA PP SENI RAIH ANUGERAH NAIB JOHAN PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

PULAU PINANG, 15 September 2015 – Grup Penang Opera melalui Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia (USM) mengharumkan nama USM di peringkat kebangsaan apabila meraih anugerah naib johan dalam pertandingan pengisahan kenegaraan peringkat kebangsaan 2015.

Grup Penang Opera mempertaruhkan pengisahan yang bertajuk “Rentap Pahlawan Sarawak: Sejarah Yang Berlagu” pada pertandingan kali ini.

Ahmad Bin Hashim (Senibayan) yang merupakan karyawan pengisahan ini dalam nota mengulas kejayaan ini mencatatkan: pertandingan adalah pintu segala kemungkinan, kejayaan adalah takdir paling sempurna mengimbas tulus dan tuntas di pentas, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dan mendoakan kejayaan ini.

Pertandingan ini berlangsung pada 12 September lalu di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar, Perak.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 947

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024