USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GEMBLENG KERJASAMA PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN DUA NEGARA

 DSC4493

PULAU PINANG, 16 September 2015 – Keperluan untuk saintis, para cendekiawan dan golongan profesional dalam pelbagai  bidang amat ditagih untuk memastikan pembangunan yang mapan dari aspek pendidikan, penyelidikan dan lain-lain yang berkaitan.

Demikian intipati ucapan yang disampaikan oleh Attache' Pendidikan dari Kedutaan Indonesia di Malaysia, Profesor Ir. Dr. Ari Purbayanto ketika Program USM 2nd Ambassadors Summit 2015 baru-baru ini di Dewan Budaya USM.

Menurut Ari, Struktur Pengajian Tinggi di Indonesia memberi fokus kepada piawaian, pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan komuniti serta perkongsian jenis dan peringkat sistem pendidikannya.

 DSC4503dfg

"Indonesia memberi keutamaan kepada kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan dengan perkongsian pelbagai strategi negaranya untuk meningkatkan kerjasama global dan penekanan yang diberikan adalah dari bidang pertanian dan makanan, tenaga, tenaga baru yang boleh diperbaharui, kesihatan dan ubat-ubatan, maklumat dan komunikasi, pengangkutan, pertahanan dan keselamatan serta Nano-Teknologi," katanya.

Tambah Ari lagi, kejayaan inovasi dalam bidang penyelidikan yang telah dikecapi oleh Indonesia adalah dari bidang pertanian dan ubat-ubatan herba, ciptaan teknologi kraf udara, kereta dan keretapi dengan menggunakan kepakaran tertentu yang dimiliki.

 DSC4507hnmh

"Untuk aspek pendidikan pula, bagi program kolaborasi nasional Indonesia, pelbagai biasiswa ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pengajian ke luar negara serta fokus juga diberikan pada kerjasama antara institusi penyelidikan, universiti serta program pertukaran pelajar dan pensyarah disamping program Ijazah berkembar (Double Degree) dan Ijazah bersama (Joint Degree) dalam bidang ubat-ubatan, bioteknolgi dan kejuruteraan.""Bagi mengintai peluang kerjasama, pelajar terbaik Indonesia yang sudah belajar di Sekolah Indonesia di Malaysia, akan disarankan serta disokong untuk menyambung pengajian mereka di universiti Malaysia," ujarnya lagi.

 DSC4520dfb

Beliau mengucapkan terima kasih kepada USM dengan penganjuran program Ambassador Summit yang mengumpulkan duta-duta dan wakil dari pelbagai negara bagi membincangkan isu-isu terkini berkaitan pendidikan dan lain-lain.

Terkini, di Indonesia terdapat 120 universiti kerajaan dan 3078 universiti swasta.Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 935

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024