BENGKEL CSSU BANTU TINGKAT KEFAHAMAN PESERTA
KUBANG KERIAN, 15 September 2015 – Seramai 64 orang peserta menghadiri bengkel Central Supply Sterile Unit (CSSU) peringkat Semenanjung Malaysia di sini anjuran Unit Pembekalan Alatan Steril (UPAS) Hospital USM dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI) Kampus Kesihatan.
Menurut Penolong Pengarah Unit Kejururawatan Hospital USM merangkap pengerusi Bengkel CSSU 2015, Ng Kam Mey, perkara utama yang sangat dititikberatkan dalam bengkel ini ialah agar semua yang terlibat mempraktikkan garis panduan kawalan infeksi bagi mengawal jangkitan untuk keselamatan pesakit dan staf serta mewujudkan jaringan kerjasama staf Hospital USM dengan staf CSSU dari hospital luar.
Menurutnya lagi, UPAS sangat penting dalam sesebuah hospital terutama untuk sesuatu pembedahan yang hendak dilakukan yang biasanya melibatkan 3 unit utama bagi memastikan pembedahan berjalan lancar dan selamat termasuk Dewan Bedah dan Unit Kawalan Jangkitan Epidemiologi Hospital (UKJEH), dan UPAS yang seolah-olahnya jantung kepada hospital.
"Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan staf yang mengendalikan peralatan steril agar mematuhi operasi standard dan mengaplikasikan ilmu teknologi terkini berkaitan proses pensterilan," jelasnya lagi.
Teks/Foto: Abdul Aziz Latif
- Created on .
- Hits: 1057