USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAN SRI RAZALI ISMAIL KUNJUNG MGTF

PULAU PINANG, 13 September 2015 – Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Razali Ismail mengadakan kunjungan singkat ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah untuk melihat dari dekat koleksi seni yang terdapat di sini.

Bekas diplomat dan pengumpul bahan seni dari seluruh dunia itu meluang masa kira-kira 30 minit selepas mempengerusikan sesi randau USM 2nd Ambassador Summit 2015 di kampus USM.

"Saya tertarik dengan koleksi seni yang terdapat di sini dan akan kembali untuk meluangkan lebih lama masa nanti," kata Razali.

Beliau diberikan taklimat oleh Pengarah MGTF Zolkurnian Hassan dan Dekan Pusat Pengajian Seni Profesor Madya Mohd. Omar Bidin.

Semalam Razali juga dibawa melihat koleksi karya seni yang terdapat di Pusat Pengajian Seni USM sebelum mempengerusikan sesi ketiga USM 2nd Ambassador Summit 2015 di Dewan Budaya.

Teks/Foto: MOHAMAD ABDULLAH

  • Created on .
  • Hits: 912

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024