POKB SUMBANG PENAPIS AIR KEPADA PESAKIT HEMODIALISIS HUSM
KUBANG KERIAN, 14 September 2015 – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyumbangkan satu unit penapis air untuk kegunaan pesakit di Unit Hemodialisis, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini.
Menurut Penolong Pegawai Perubatan Kanan, Tuan Mohd Norazali Tuan Othman, sumbangan ini dapat membantu pesakit menikmati air yang lebih bersih dan selamat untuk diminum.
“Penapis air berjenama ‘Bio Pure’ ini bernilai RM 3,500 telah siap dipasang sepenuhnya tengah hari tadi bersama seorang wakil dari POKB dan kami di Unit Hemodialisis amat berterima kasih kepada pihak POKB di atas sumbangan yang diberi untuk faedah pesakit-pesakit di sini,” katanya.
Pada bukan Jun lalu, POKB turut memberi sumbangan tiga unit TV LCD kepada Unit ini.
Teks/Foto: Muhd Zulkifli Zakaria & Mohd Hafiz Ya’acob
- Created on .
- Hits: 769