USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JALIN KERJASAMA DENGAN YOKUK DAN KRISTAL UNTUK BANTU OKU

MOU 2

KUBANG KERIAN, 9 September 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuhkan peranan dan sumbangannya kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) dan sebuah pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), KRISTAL di sini hari ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Dekan (Jaringan Industri & Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Dr. Dinsuhaimi Sidek yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

Menurut Dinsuhaimi, USM telah menjalinkan lebih 10 program usahasama bersama YOKUK yang kebanyakannya melibatkan komuniti dalaman dan luar sejak lebih 10 tahun dalam membantu para pesakit yang memerlukan bantuan.

MOU 1

“Kepakaran para doktor, jururawat, pegawai pemulihan dan banyak pihak lagi yang dimiliki USM diharap dapat dikongsi dengan golongan OKU agar mereka tidak rasa terpinggir,” ujar Dinsuhaimi.

Kataya lagi, antara program usahasama yang dijalankan USM dan YOKUK ialah memberi latihan rawatan paliatif kepada sukarelawan YOKUK dengan diberi latihan industri melalui bantuan pakar Dr. Fahisham Taib di Hospital USM berkaitan cara-cara merawat pesakit paliatif serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari menerusi rawatan secara ‘Home Visit’.

MOU 4

MOU 3

Dinsuhaimi turut menghargai KRISTAL yang berkolaborasi dengan USM dalam membantu memberi pendidikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa berhubung cara merawat dan menguruskan anak-anak ini agar rawatan berterusan dibuat sehingga ke rumah bagi mengurangkan rasa tertekan akibat memiliki anak OKU,” ujarnya.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Pediatrik, PPSP USM, Profesor Dr. Hans Amin Van Rostenberghe; Pengarah Eksekutif YOKUK, Datin Sulaina Shamsuddin Alias; Pengerusi KRISTAL, Foo Hooi Chuen dan beberapa orang pensyarah perubatan.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel/Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

  • Created on .
  • Hits: 1876

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024