USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT KAMPUS KESIHATAN MERIAH

20150904 075915

KUBANG KERIAN, 4 September 2015 – Sambutan kemerdekaan peringkat Kampus Kesihatan telah disambut meriah bersama pelajar baharu Sidang Akademik 2015/2016 di Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM) pagi tadi.

Bermula jam 7.00 pagi lagi pelajar telah mula berkumpul di padang Kompleks Sukan 1 dan berarak beramai-ramai menuju ke Stadium Mini di mana acara rasmi berlangsung.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian USM, yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Adam Hussein, tugas pelajar adalah untuk mengisi kemerdekaan yang telah disambut selama 58 tahun.

20150904 083931

20150904 085036

“Bekerjalah bersama-sama untuk membangunkan negara bangsa dengan menjaga keamanan dan keharmonian tanpa menimbulkan huru-hara dan kacau bilau yang boleh meragut keamanan yang telah lama dikecapi,” katanya.

Di samping itu juga, Adam turut menekankan kepada para pelajar untuk bersama-sama melaksanakan program kelestarian di peringkat kampus.

“Setiap pelajar perlu bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan prasarana Universiti bagi kegunaan generasi akan datang kerana pelajar datang silih berganti,” katanya lagi.

20150904 085100

20150904 092701

Beliau turut menasihati semua pelajar supaya berhati-hati dan bijak dalam menggunakan media sosial supaya tidak terlibat dengan perkara-perkara tidak berfaedah, sebaliknya menggunakan kebebasan yang diberikan untuk membantu pihak pengurusan universiti dalam memberikan idea-idea yang boleh menyumbang ke arah penyelesaian masalah.

Menurut salah seorang pelajar, Nur Izatul Akmar Harun, beliau berasa teruja dengan sambutan kemerdekaan kali ini kerana disambut meriah dan penuh bersemangat bersama dengan siswa dan siswi baharu.

Program ini bertambah meriah dengan bacaan puisi dan sajak kemerdekaan oleh wakil pelajar serta aktiviti ‘senamrobik seni’ yang menonjolkan aspek kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia di samping memfokuskan aspek kesihatan.

20150904 093546

Yang turut hadir sama Timbalan Dekan (Penyelidikan), Pusat Pengajian  Sains Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Hafiz Assad Zakaria dan Penggawa Desasiswa Murni, Dr. Raja Azman Raja Awang.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Yaacob/Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 1013

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024