USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR DEMI PEMBANGUNAN DIRI, SERU NC

IMG 2153ggh

KUBANG KERIAN, 3 September 2015 - Belajar dan terus belajar perlu dijadikan asas utama buat mahasiswa yang menuntut ilmu di universiti agar amanah dan tanggungjawab digalas sepenuhnya untuk pembangunan diri.

Jati diri hanya dapat dikukuhkan jika pelajar mampu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran, berdikari dalam setiap urusan hidup termasuklah bijak membuat pertimbangan dan keputusan antara yang boleh memberi kebaikan atau kemudaratan.

IMG 2146fj

IMG 2226bh

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata pelajar yang terpilih ke universiti perlu belajar menjadi orang dewasa yang matang dan dapat berfikir, dan sama sekali tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain.

"Anda sebagai pelajar universiti seharusnya meletakkan tanggungjawab belajar sebagai tunjang apatah lagi nilai hormat menghormati dan bertindak dengan penuh harmoni termasuklah belajar menerima kepelbagaian bahasa, budaya dan agama yang lain," katanya ketika berucap di majlis Sambutan Pelajar Baharu Sidang Akademik 2015/2016 di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, hari ini.

Tambah beliau, tentunya mempelajari adab orang berilmu yang menghormati guru, ilmuan, cendiakawan dan ketinggian martabat insan yang bergelar guru atau pensyarah jangan sekali diabaikan kerana pelbagai manfaat boleh diperolehi dari nilai berkenaan.

IMG 2089rh

1441262327098

"Belajar untuk melihat kehebatan ilmuan kita dan membina jaringan untuk masa hadapan dalam pembinaan negara dan bangsa dengan ilmu yang ada, serta belajar tentang adab orang berilmu dengan mengetahui, menjana malah menghadam ilmu untuk diterokai sejauh mungkin," kata beliau.

Turut hadir sama ialah Ahli Lembaga Gabenor USM, Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff, yang turut berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau dalam sesi amanat bersama pemimpin negara.

Selain itu, Omar turut menasihati pelajar baharu agar sentiasa belajar menjadi seorang yang berintegriti dan mempunyai akauntabiliti dalam apa jua dilakukan.

1441262330805

"Inilah yang harus saudara-saudari pegang, sama ada di universiti atau di mana sahaja bahawa tanggungjawab dan amanah yang dipegang adalah untuk belajar, belajar dan belajar."

"Jika pegangan dan prinsip ini dapat dipatuhi, banyak faedah dan manfaat akan diperoleh, yang akan lebih mematang dan mendewasakan kita."

Sejumlah 4,378 calon dari lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setara telah mendaftar di ketiga-tiga Kampus USM bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) pada Sidang Akademik 2015/2016 di mana 737 orang pelajar dari jumlah tersebut adalah dari Kampus Kesihatan.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar/Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1287

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024