USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HORMATI ORANG LAIN DAN JAUHI PERBUATAN SHUBHAH

PULAU PINANG, 1 September – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman menasihatkan pelajar-pelajar baharu agar sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain dan mengelakkan perbuatan shubhah yang boleh merosakkan masyarakat dan negara.

Bercakap kepada pelajar-pelajar baharu di sini, Naib Canselor menasihatkan mereka agar menumpukan sepenuhnya kepada proses pembelajaran di dalam mahupun di luar kuliah untuk berjaya pada masa hadapan dan mengelakkan diri daripada amalan bertindak secara agresif dalam hal-hal yang tidak pasti atau dianggap menimbulkan shubhah.

“Saudara-saudari perlu belajar bersungguh-sungguh kerana inilah masa yang terbaik untuk menimba ilmu dan berijazah dengan cemerlang selepas tiga atau empat tahun di sini” kata Omar.

Omar juga menasihatkan mereka untuk mengelakkan perkara-perkara yang sia-sia dengan terlibat dalam hal-hal yang mereka tidak mempunyai maklumat yang tepat dan menyebarkan sesuatu berita hanya berasaskan khabar angin dan maklumat yang tidak jelas.

“Eloklah saudara-saudari memastikan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan mengelakkan sebarang perbuatan yang tidak berintegriti termasuk meniru atau perbuatan-perbuatan lain yang boleh menimbulkan kesusahan dan tidak bersesuaian dengan budaya akademik universiti,” katanya lagi kepada kira-kira 2,000 orang pelajar baharu yang di sini.

Teks/Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1290

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024