USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT ISLAM USM ANJUR PROGRAM BERSAMA KOMUNITI MUKIM SEMUT API KELANTAN

Kota Bharu, 28 Ogos 2015 – Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mengadakan program jalinan kasih bersama komuniti mukim semut Api, di masjid As-Syakirin Pantai Cahaya Bulan.

Program dua hari ini disertai oleh 20 orang kakitangan dan pelajar yang menjalani latihan industri di Pusat Islam bertujuan membantu meningkatkan pengalaman dan kemahiran pelajar dalam pengurusan berorganisasi serta mempraktik gaya hidup Islam, mengeratkan ukhuwah antara penduduk dan USM sebagai satu kewajipan yang dianjurkan agama.

Menurut kata Pegawai Hal Islam USM, Ustaz Rosdian Hassan, khariah dan ahli jemaah masjid telah didedahkan dengan pelbagai pengisian ilmu Islam sepanjang bersama dalam program jalinan kasih ini melalui  bengkel Pengurusan jenazah telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Syakir Mat Yusoff dan rawatan alternatif Darul Shifaq oleh kakitangan pusat Islam dan perawat jemputan di samping bengkel solat remaja yang dikendalikan oleh Ustaz Mohanad Adli Abdul Rozak dan Ustaz Mohd Safree Taib dan kuliah maghrib oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Prof Madya Dr.Wan Nudri Wan Daud,”

“Kami juga turut memberi sumbangan kepada 15 orang keluarga miskin melalui program ini" katanya lagi.

Program diadakan di masjid As-Syakirin Semut Api, Pengkalan Che Pa Kelantan.

Penduduk yang ditemui, Hj. Zulkifli Mamat, 48 tahun berkata ilmu kepengurusan jenazah amat dirasai kesannya yang merupakan satu hal yang tidak boleh dielakkan sebagai fadhu kifayah ke atas umat islam dan berharap inisiatif Pusat Islam ini akan memberi kesedaran komuniti setempat terhadap tanggungjawab ini apatah lagi dalam keadaan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini begitu kurang  apatah lagi untuk  mempraktikkannya.

Menurut setiausaha masjid, Yahya Kasim 48, pula, usaha mengadakan rawatan alternatif melalui kaedah Darussyifa' patut dipuji sebagai penerusan ikhtiar daripada ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu yang bukan pula bertujuan untuk mengambil alih tugas perubatan moden.

Yang turut hadir dalam majlis penutup projek ialah Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan merangkap Pengerusi Jawatan kuasa Masjid, Profesor Madya Dr Wan Nudri Wan Daud, Abdullah Derahman, ahli-ahli jawatankuasa masjid serta 150 penduduk setempat.

Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood dan Mohd Redhuan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1453

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024