USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR UNIVERSITI DILARANG SERTAI PERHIMPUNAN HARAM

PULAU PINANG, 28 Ogos 2015 - Para pelajar universiti termasuk di Universiti Sains Malaysia (USM) dilarang menyertai mana-mana perhimpunan haram yang diadakan oleh mana-mana pihak.

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, terdapat pihak-pihak tertentu yang menganjurkan perhimpunan haram tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis pihak berkuasa di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian, ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara.

“Semua pelajar berdaftar USM adalah dilarang sama sekali hadir atau terlibat dalam sebarang perhimpunan sedemikian apatah lagi menyertai perarakan yang boleh mengancam keselamatan negara dan melanggar undang-undang sebagai penganjur mahu pun peserta,” kata Adnan.

Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) universiti awam menegaskan, sekiranya terdapat bukti bahawa mana-mana pelajar yang berbuat demikian, tindakan tata tertib boleh diambil mengikut Kaedah-kaedah Universiti Sains Malaysia (Tata Tertib Pelajar-pelajar) 1999 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.​

  • Created on .
  • Hits: 1203

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024