USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

QALBU, FUNGSIONAL DAN GENERIK: KEPERLUAN PELAJAR APEX

 DSC2351ghhm

PULAU PINANG, 27 Ogos 2015 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman berkata pelajar dalam Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) perlu mahir dan berketrampilan dalam tiga tahap kanvas pimpin siswa lestari berbanding hanya mengumpul mata MyCSD iaitu melalui Qalbu, Fungsional dan juga Generik yang juga menggariskan pelbagai bidang kemahiran.

“Peringkat Qalbu merangkumi program-program yang memupuk insaniah serta sayang kepada USM dan juga nilai moral yang boleh menjadi contoh kepada orang ramai,” tambah Naib Canselor ketika meluangkan masa bersama Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Sidang Akademik 2015/2016 di sini malam tadi.

 DSC2357ghmh

“Manakala Fungsional lebih kepada dalam bidang kelestarian serta keusahawanan serta generik dalam membawa sesuatu kejayaan di peringkat antarabangsa,” kata Omar.

Menurut Naib Canselor, ada pelajar yang mengumpul banyak mata MyCSD namun penglibatan dalam program hanyalah sebagai peserta dan bukannya sebagai majlis tertinggi atau pemimpin untuk sesebuah organisasi atau persatuan yang menjadikannya hanya sebagai biasa sahaja dan bukannya cemerlang.

Pada sidang akademik 2015/2016, seramai lebih 4,000 orang pelajar akan mendaftar sebagai pelajar USM termasuk lebih 1,000 orang pelajar Pengajian Jarak Jauh yang telah mendaftar bagi program Ijazah Sarjana Muda.

 DSC2369nhm

Semua bakal pelajar ini akan dibantu dan dibimbing oleh 164 orang PPSL di Kampus Induk, 35 orang di Kampus Kejuruteraan dan juga 27 di Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.

Sebelum itu, Naib Canselor juga telah membentangkan perancangan universiti dalam menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

 DSC2395ghm

“Program pembangunan pelajar ini bukan hanya tugas dan tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni malah ianya bergantung kepada pensyarah dan pelajar yang menjadi rebutan dalam pelbagai kemahiran untuk perkembangan negara,” ujar Naib Canselor mengakhiri sesi perkongsian.​ Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Zamani Abdul Rahim 

  • Created on .
  • Hits: 1587

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024