USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

G-NIUS TERIMA ANUGERAH EMAS

IMG 7707

Kubang Kerian, 24 Ogos 2015 - Kumpulan G-nius daripada Jabatan Bendahari, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima anugerah emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat Wilayah Utara yang berlangsung pada 19 hingga 20 Ogos lalu di Pulau Langkawi.

Kumpulan G-nius sebelum ini menjadi johan di peringkat Jabatan Bendahari dan tempat kedua di peringkat USM yang berlangsung pada Julai lalu di Kampus Induk.

IMG 7725

G-Nius yang dianggotai oleh 10 orang ahli, mewakili kategori pengurusan telah menampilkan projek inovasi yang bertujuan untuk mengatasi kelewatan proses pembayaran kepada pembekal, staf tetap, staf kontrak dan pelajar.

Menurut ketua kumpulan, Dan Heng Luan, memandangkan proses bayaran adalah salah satu "core business" di Jabatan Bendahari, mereka menjadikan subjek ini sebagai projek KIK yang pertama.

"Kami telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh jabatan dalam menyelesaikan pembayaran invois dalam tempoh 11 hari sahaja termasuk hari cuti dengan sebanyak 97% tahap keakuran bayaran telah berjaya dicapai berbanding sebelum pelaksanaan sistem ini iaitu hanya 65% sahaja", katanya.

IMG 7736

Iovasi ini juga dapat menjimatan kos elaun lebih masa kepada pembantu tadbir (kewangan) W17 dan meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan serta jaminan mutu perkhidmatan.

Tambahnya inovasi ini tidak hanya digunakan untuk proses pembayaran tetapi boleh juga diaplikasikan bagi pelbagai urusan lain yang melibatkan perkhidmatan berasaskan masa penyelesaian.

IMG 2496

Selain G-nius, USM turut diwakili oleh kumpulan Unique 10, Paradigma, Fast, Galaxy R-3 dan The Newcomers yang mana turut mendapat anugerah emas bagi kategori masing-masing.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob & Abdul Aziz Latif/Foto: Ehsan Kumpulan G-nius

  • Created on .
  • Hits: 1061

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024