USM CEMERLANG DI PENTAS KIK 2015
PULAU PINANG, 24 Ogos 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) melakar kejayaan dengan meraih enam pingat emas dalam Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) 2015 pada 19-20 Ogos 2015 baru-baru ini, di Pulau Langkawi.
Sebanyak 58 kumpulan KIK yang mewakili 38 agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam Konvensyen tersebut.
USM menghantar 6 Kumpulan KIK dari Kampus Induk, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam dan Kampus Kesihatan Kelantan.
Pemenang bagi inovasi dan penjimatan adalah seperti berikut:
1. The New Comers (Pusat Sejahtera, Kampus Induk USM) bertajuk Penggunaan Buku Rekod 555 untuk Pemonitoran Glukos Darah Pesakit Diabetes Kurang Efisyen. Kumpulan inimembangunkan satu sistem menggunakan aplikasi smartphone atau tablet bagi mengatasi masalah Penggunaan Buku rekod 555 Untuk Pemonitoran Glukos Darah Pesakit Diabetes Kurang Efisyen seiring dengan peredaran zaman dan teknologi terkini dan mampu memberikan penjimatan kepada organisasi sehingga RM83.
2. Fast (IPPT Bertam) bertajuk Pengusung/Stretcher i-Tag (Transfer and Go). Kumpulan ini telah mencipta i-TAG iaitu pengusung yang ringan, boleh dilipat dan lebih menjimatkan kos untuk memastikan kerja-kerja menyelamat dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisyen dan mampu memberikan penjimatan kepada organisasi sehingga RM411 seunit.
3. Galaksi R-3 (IPPT Bertam) – untuk projek Peralatan Senaman Sedia Bagi Pesakit yang Mengalami Masalah Mobiliti Anggota Badan Atas dan Bawah Tidak Efisyen. Kumpulan ini telahmencipta alat senaman gabungan untuk anggota atas dan anggota bawah supaya aktiviti senaman boleh dijalankan serentak (Medi-bike Exerciser) dan mampu memberikan penjimatan kepada organisasi sehingga RM 43,294.00 setahun.
4. Unique 10 (Jabatan Bendahari, Kampus Induk, USM) – projek Permasalahan Perekodan Pinjaman Pelajar – Jangka Panjang. Kumpulan ini telah membangunkan sistem rekod pinjaman pelajar jangka panjang secara berpusat dengan menggunakanMicrosoft Accessdan mampu memberikan penjimatan kepada organisasi.
5. Paradigma (Jabatan Bendahari, Kampus Induk, USM) – projek Kesukaran Pemantauan Dokumen Kewangan. Kumpulan ini telah membangunkan sistem ’e-doc track’ bagi pemantuan dokumen kewangan secara sistematik.
6. G-nius (Jabatan Bendahari, Kampus Kesihatan, USM) – projek Kelewatan Proses Bayaran Kepada Pembekal. Kumpulan ini telah menghasilkan keakuran pembayaran yang meningkat sekaligus mencerminkan produktiviti yang cemerlang serta output yang efisyen dan mampu memberikan penjimatan kepada organisasi sehingga RM 3,480.00.
Teks Asal: Mohd. Fahme Zainal Abidin, Pusat Kualiti Universiti, Kampus Kesihatan, USM & Siti Naquiah Abdillah/Foto:Ehsan dari Mohd. Fahme Zainal Abidin, Pusat Kualiti Universiti, Kampus Kesihatan, USM
- Created on .
- Hits: 1764