USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

APUCEN BANTU MANGSA GEMPA BUMI NEPAL

LZxd3q5gshQ lAXaU8zDGUSz3nNpd8cv95w48VK6uqI

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) dengan kerjasama pertubuhan sukarela MMICARE Association baru-baru ini menghulurkan bantuan kepada rakyat Nepal bagi membolehkan negara yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter pada 25 April lalu membina semula kehidupan mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif APUCEN Profesor Madya Dr. Aileen Tan Shau-Hwai, projek ‘Rebuild Nepal 2015’ ini adalah untuk menyahut seruan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia seperti MMICARE Association yang mempunyai hubungan terus dengan NGO di Nepal untuk memberi bantuan segera kepada rakyat Nepal yang terjejas teruk akibat bencana alam tersebut.

l1GpInUjmpv9vtU9MJ1WeF9XQCAFJw0GCFDdICAMI04

“USM melalui APUCEN cuba membantu seberapa yang boleh untuk meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung mangsa serta anggota keluarga mereka untuk membina semula kehidupan mangsa selepas gempa bumi itu, selaras dengan matlamat USM untuk berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada dalam projek-projek libatsama universiti-komuniti global," kata Aileen Tan yang merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM.

Projek ‘Rebuild Nepal 2015’ diumumkan secara rasmi oleh Naib Canselor USM selaku Presiden APUCEN Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ketika mempengerusikan 6th Regional APUCEN Council Meeting di Chiangmai University pada 17 Jun 2015, yang menggesa anggota-anggota APUCEN untuk melibatkan diri dalam program bantuan kemanusiaan global seperti ini,” katanya yang mengetuai delegasi APUCEN dalam misi ini.

Hasil tinjauan awal di wilayah-wilayah yang terjejas teruk pada Jun lepas oleh pihak NGO Nepal, mendapati keperluan utama yang mendesak ialah tempat perlindungan sementara untuk dijadikan rumah, sekolah dan pusat perubatan oleh mangsa gempa bumi itu.

NdClPjlOO2wyK4DZJAuS08tfwdC4oH GGbAUgY6IirIfsKXsBDQZk7DYD RHCU7Rf9 iHEKkRnjsrMMLk5k31Y

Keadaan bertambah buruk apabila khemah tarpaulin yang sedia ada tidak dapat menahan hujan lebat dan angin kencang musim monsun pada bulan Ogos dan September.

 

q 0Xgtv5xxP7Xo69PKT6J4rKP m r5TJJk K2bWA8BA

“Anggota APUCEN terutamanya Kyoto University of Foreign Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), AIMST University, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Universiti Perguruan Ugama Sri Begawan (KUPUSB) dan USM telah bersama-sama memberi sumbangan kepada projek ini dengan menderma sebanyak 24 buah tempat perlindungan sementara kepada penduduk di Kakani di utara Kathmandu dengan setiap satunya terdiri daripada 12 kepingan zink, sekeping lantai PU 4 meter dan sebuah lampu kuasa solar," kata Aileen Tan.

APUCEN dan MMICARE turut menyumbang tiga buah tempat perlindungan yang sama kepada sekolah rendah dan tadika Sri Gowla Devi Primary School untuk dijadikan bilik darjah pada siang hari dan tempat tidur untuk penduduk setempat pada waktu malam.

Aileen Tan berkata, pihaknya amat gembira kerana penduduk di sana mendapat tempat tinggal sementara yang lebih teguh berbanding dengan khemah supaya dapat mengharungi musim monsun dengan selamat sementara menunggu pembinaan semula rumah batu yang tetap, dengan kegembiraan jelas terpancar di wajah penduduk di sana yang turut mengadakan majlis penghargaan khas untuk sumbangan yang amat bermakna kepada mereka.

eGEa32fDTeS8S wFqkGnYNOzwcEWoY czckupD6JOo0vKCXW5ymmmU3o1knUnMfvM1bgE58oErZwnNdtvnFptE

Usaha ini juga selari dengan matlamat asas APUCEN sebagai platform libat sama universiti-komuniti global yang komited terhadap usaha mentransformasi masyarakat merentas sempadan geografi, latar belakang budaya dan kepercayaan dengan menggembleng segala kepakaran dan keilmuan dari institusi-institusi yang menjadi anggotanya.

"Penglibatan USM dalam projek ini juga memperlihatkan kesungguhan universiti menyertai program libatsama komuniti untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di dalam mahu pun di luar negara seperti bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung pada penghujung 2014," tegas Aileen Tan lagi.

8n6tJ66J bLd9GDO 51hYj8vbMoqnmwd 0jF5St9Z8E

APUCEN ditubuhkan pada tahun 2011 berperanan mempromosi budaya libat sama universiti-komuniti secara proaktif yang kini disertai oleh 76 anggota dari 18 buah negara di rantau Asia-Pasifik. 

Yang hadir sama dalam kunjungan ke Nepal tersebut ialah Naib Presiden Kyoto University of Foreign Studies, Japan, Profesor Toshiki Kumagai; Pengasas MMICARE Association Pushparani Thilaganathan serta sukarelawan tempatan yang terlibat dalam program ini.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Ehsan MMICARE

  • Created on .
  • Hits: 1369

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024