JPA PUAS HATI PENGGUNAAN eGL DI HUSM
KUBANG KERIAN, 18 Ogos 2015 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berpuas hati dengan pengunaan Electronic Guarantee Letter (eGL) yang telah dilaksanakan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Hal ini dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mohd Danial Ma’alip ketika membuat lawatan ke HUSM hari ini.
Menurut Timbalan Pendaftar, Anislan Yusof, tujuan lawatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah untuk membuat satu semakan penggunaan Electronic Guarantee Letter (eGL) di HUSM serta mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenai pengunaan eGL dan melihat tahap ketersediaan atau penerimaan pegawai yang menjaga kaunter dengan permintaan menggunakan eGL oleh penjawat awam ataupun tanggungan penjawat awam yang ingin mendapatkan rawatan.
“Penggunaan eGL bermula sejak 1 Ogos 2007 di semua agensi dengan keperluan pegawai mengemaskini maklumat diri, keluarga, gaji dan lain-lain dalam aplikasi HRMIS," katanya lagi.
Yang turut hadir pada lawatan ini ialah Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan, Tuan Haji Wan Suyuti Wan Ismail serta beberapa ketua unit HUSM.
Teks: Mohd Ridzuwan Ramly/Foto: Abd Aziz Latif
- Created on .
- Hits: 1460