USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM FOKUS TERAMPIL UNTUK PEMBANGUNAN HOLISTIK AHLI AKADEMIK

 DSC1463hvgh

PULAU PINANG, 18 Ogos 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan dasar yang dinamakan TeRamPil sebagai asas untuk pembangunan kerjaya ahli akademik pada masa hadapan.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman menjelaskan, TeRamPil (akronim dari Teaching/Teacher/, Researcher/Practitioner/ Leader) yang berasaskan kepada peningkatan kualiti kerjaya dalam pengajaran dan penddikan sebagai seorang pendidik, penyelidik, pengamal dan pemimpin

“Model TeRamPil ini adalah untuk memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia – Pendidikan Tinggi (PPPM-PT) untuk menghasilkan ahli-ahli akademik yang mempunyai dan menguasai keempat-empat kemahiran tersebut yang bersesuaian dengan seperluan memiliki ketrampilan atau kompeten,” kata Omar.

 DSC1435fgj

 DSC1438fh

Bercakap kepada kira-kira 200 orang kakitangan USM yang menghadiri Perhimpunan Bulanan hari ini, Naib Canselor menegaskan bahawa semua pihak akan dipastikan terlibat dalam memenuhi model ini yang akan diterjemahkan dalam bentuk latihan, penilaian tahunan malah juga akan digunakan untuk proses kenaikan pangkat sebagai atribut kompetensi qalbu, kompetensi fungsian dan kompetensi generik.

Omar juga menggesa seluruh warga kampus menjayakan usaha transformasi pendidikan tinggi yang dilakukan oleh USM dalam memenuhi PPPM-PT yang sebenarnya telah dijajarkan melalui Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) yang dirancang melalui proses perancangan senario dan melakukan jangkauan sehingga tahun 2020.

“Kita sedang lalui proses transformasi untuk mengubah lanskap pendidikan tinggi yang tentunya bukan mudah namun perlu dilakukan untuk menyokong pelaksanaan lonjakan PPPMPT terutamanya dalam menghasilkan bakat yang diperlukan universiti dan negara,”kata Omar.

Ini katanya termasuklah usaha  menjajarkan pencapaian dan menjana pendapatan 30% dari kos pengurusan universiti menjelang tahun 2020 nanti, di samping usaha-usaha yang terkandung dalam Program Penyelidikan da Inovasi APEX, Prpgram Kepimpinan dan Pembinaan Negara APEX, Perkongsian APEX, ‘APEX Extension and Positioning’, Pembangunan Akademik dan Pelajar, Kelestarian Kewangan dan Pembangunan Institusi yang dijajarkan dengan 10 lonjakan PPPM-PT dengan teras USM mentransformasi pengajian tinggi untuk kelestarian hari esok bagi memenuhi usaha menjadi sebuah universiti rujukan kelestarian manakala PPPM-PT berhasrat menstransformasi pendidikan tinggi untuk kecemerlangan.

 DSC1432FGHG

Sehingga kini, USM telah pun menetap dan menjajarkan hala tujunya sejak awal lagi dengan memenuhi keperluan PPPM-PT, 21.1% akam didefiniskan semula manakala 25.4% skopnya tidak berkaitan dengan USM.

“USM meneruskan usaha untuk mencapai hala tuju di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan menjadi sebuah universiti terkemuka dalam penyelidikan bidang-bidang tujahan (niche) dan termaju, menjadi sebuah universiti pilihan pelajar dari dalam mahu pun dari luar negara, menfokuskan usahanya kepada perancangan APEX Fasa 2 dan menjadi universiti rujukan dalam kelestarian,” kata Omar lagi.

 DSC1449BVNB

Tegas Naib Canselor, semua usaha ini nanti akan menjadi sebahagian daripada usaha untuk menyokong perancangan mnegara dalam memperkukuhkan pembangunan inklusif, meningkat kesejahteraan rakyat, membangun modal insan, menuju kea rah pertumbuhan hijau, memperkasa aras pertumbuhan dan merekayasa pertumbuhan ekonomi yang didokong oleh projek-projek berimpak tinggi, tindakan segera dan kos yang rendah.

“Kita tidak boleh lagi berada dalam pemikiran lama dengan tindakan yang begitu perlahan, bersikap selesa dan bergerak sendirian dalam mencapai semua hala tuju ini yang melibatkan seluruh komuniti kampus yang merentasi pelbagai kumpulan kakitangan,” kata Omar.

 DSC1456j

Strategi utama USM kini berfokus kepada usaha untuk menjadi ‘global research prominence’ dalam bidang-bidang tujahan, menjadi sebahagian daripada pemain utama pembinaan negara dengan menghasilkan siswazah pada aras tinggi melalui program pasca-siswazah untuk meningkatkan kebolehpasarannya, menjadi imnstitusi contoh untuk diikuti oleh pihak lain, menjenamakan USM sebagai institusi yang mempunyai kelainan dan terkemuka dalam amalan kelestarian merentasi usaha penyelidikan, akademik dan aktiviti pelajar, menawarkan program akademik yang dikaitkan secara langsung melalui kerangka kerjasama dengan institusi terkemuka serantau dan antarabangsa, mencapai keupayaan untuk menjana 30% keperluan kewangannya menjelang tahun2020 serta mentransformasikan USM sebagau sebuah organisasi yang efisyen.

“Lantaran itu juga, USM menyusun juga strategi khusus untuk memenuhi sasaran tahun 2020 melalui usaha menghasilkan bakat yang relevan dengan keperluan negara dan senario global masa hadapan, menyediakan program akademik yang menumpukan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Perubatan (STEM) dan rentas bidang khususnya kelestarian sebagai pilihan pelajar, memperkasakan program penyelidikan yang bertanda aras tinggi mengikut keperluan masa hadapan serta memastikan USM terus berdaya saing dari segi kos, kecekapan dan pendapatan,” kata Omar lagi.

 DSC1467gf

Berkaitan dengan itu juga, USM tambah Naib Canselor akan mempergiatkan usaha melebarkan program-program akademik pesisir terutamanya pada peringkat antarabangsa yang kini sebahagiannya sudah dalam perbincangan dan perundingan serta menetapkan model pembangunan kerjaya pelajar mahu pun pensyarah khusus melalui model TeRamPiL.

Teks: Mohamad bin Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1415

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024