USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LANCAR TABUNG PEMBINAAN DEWAN SERBAGUNA UNTUK ‘DISASTER PREPAREDNESS’

KUBANG KERIAN, 16 Ogos 2015 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan (BJIM) Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) melancarkan Tabung Pembinaan Dewan Serbaguna untuk ‘Disaster Preparedness’ dengan mengumpul dana daripada orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa banjir yang melanda Kelantan Disember 2014 lalu.

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed yang menyempurnakan pelancaran tabung pembinaan tersebut berkata, sebagai permulaan, sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk menjayakan Program Jiwa Murni Ramadhan pada bulan Ramadhan lalu.

Menurut Mafauzy pelancaran tabung ini merupakan salah satu usaha untuk memberi sumbangan bagi membina gelangang futsal di kawasan tinggi yang akan menjadi tempat perkumpulan bekalan semasa banjir melanda seperti ubat-ubatan, makanan kering, tangki air, tandas dan tumbuhan-tumbuhan yang boleh dijadikan bekalan makanan di sekeliling gazebo.

“Anggaran projek ini keseluruhannya bernilai RM150,000 hingga RM300,000 di setiap kampung dan dengan bantuan CSR Khazanah juga BBNGO telah berjaya mendapatkan dua buah kenderaan Isuzu 4X4 bagi projek bekalan air dan ketika banjir melanda Disember lalu, BBNGO telah memberi pertolongan dengan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir hasil dari sumbangan orang ramai termasuk bekalan ubat-ubatan di samping bantuan dari 500 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia,” jelasnya lagi.

Tambah Mafauzy, penghargaan kepada semua ahli yang terlibat dalam program Jiwa Murni Semarak Ramadan telah memberi komitmen mereka yang tidak putus-putus kepada mangsa banjir iaitu Persatuan Pegawai Sains USM, Persatuan Sains Makmal Perubatan (AMels), 12 Kompeni Ubat Askar Wataniah, Ikram Health, Puteri Islam, Pusat Islam, Jabatan Pembangunan USM, BJIM, Kelab Kebajikan Jabatan Heamatologi serta Unit Perubatan Transfusi, Kelab Staf Mikrobiologi, Dana CSR Khazanah di samping sumbangan dari pelbagai individu.

Orang ramai yang ingin menyum­bang kepada tabung ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5531 0457 0529 atas nama Gabungan NGO Negeri Kelantan.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail/Foto: Wan Ahmad Nizamuddin Wan Mohd Sukri

  • Created on .
  • Hits: 1261

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024