USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BAKAL PELAJAR UNIVERSITI DISERU KUASAI ILMU DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN DENGAN FAKTA

ghfhf

PULAU PINANG, 16 Ogos 2015 - Di Malaysia peluang melanjutkan pengajian di peringkat universiti terbuka luas kepada semua orang walau pun mereka dari kumpulan keluarga yang berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Hilmi Yahaya menasihatkan pelajar untuk bersyukur dan memanfaatkan peluang yang ada sama ada dalam bentuk ilmu pengetahuan mahu pun kemahiran dengan kos yang rendah melalui penyediaan infrastruktur yang baik.

 DSC1078

"Peluang yang ada terbuka luas dan kebanyakan perkhidmatan untuk rakyat termasuk pendidikan dan kesihatan yang baik dengan kos yang rendah yang meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara berterusan," kata Ahli Patlimen Balik Pulau itu kepada 70 orang pelajar dan ibu bapa yang hadir dalam Program Orientasi Menara Gading untuk pelajar-pelajar dari Parlimen Balik Pulau yang mendapat tempat di universiti tempatan dan luar negara dalam program tiga hari di sini.

Yang hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang Shafie Ariffin. Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Aspirasi Balik Pulau Pulau Pinang dengan kerjasama USM.

Tambahnya lagi, pelbagai usaha termasuk dalam pembangunan berteraskan Islam yang menyeluruh dibuat secara berterusan dengan pelbagai infrastruktur untuk pembangunan negara yang memberikan faedah kepada masyarakat dalam kelangsungan pembangunan negara."Dalam kampus nanti terdapat peluang untuk mengikuti ilmu dan memperolehi pelbagai maklumat melalui pelbagai saluran tetapi janganlah mudah percaya dengan maklumat yang ada terutamanya apabila datang dari mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasaskan fakta tepat," nasihat Hilmi kepada bakal-bakal pelajar universiti itu.

 DSC1132gh

Beliau turut memasihatkan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan setinggi mungkin secara saksama dengan memguasai ilmu dan kemahiran yang ada dalam bidamg yang diceburi dan jangan terlibat dalam hal-hal yang mengganggu proses pembelajaran yang ada.

"Dengan adanya kepakaran tertentu, akan mudah menerokai kerjaya yang dipilih sesuai dengan keperluan masa hadapan serta kemudiannya kembali kepada masyarakat untuk berbakti dan berkongsi kejayaan yang dikecapi," tambahnya lagi.

Menurut Hilmi, kejayaan yang dicapai oleh para pelajar adalah hadiah terbaik kepada ibu bapa dan pemimpin yang ada yang didapat dikongsi dan dirasai dalam jangka panjang.

 DSC1171fghfgh

Ahli Parlimen Balik Pulau Pulau itu kemudiannya menyampaikan sumbangan khas kepada para pelajar dan sijil kepada para peserta program.

Teks: Mohamad bin Abdullah

#MPRC

  • Created on .
  • Hits: 1410

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024