USM PERKASAKAN ALUMNI MELALUI HEPA
PULAU PINANG, 16 Ogos 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan usaha memperkasakan alumninya dengan menjadikannya sebagai Bahagian Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk membolehkan kesinambungan usaha dari peringkat mahasiswa sehingga menamatkan pengajian sebagai siswazah.
Menurut Timbalan Naib Canselor (HEPA) Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein, Universiti memutuskan perubahan tersebut pada awal tahun ini sebagai satu usaha memperkasakan alumni apatah lagi apabila USM kini menjadi Sekretariat Timbalan Naib Canselor (HEPA) semua universiti awam di negara ini.
Sebelum ini Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni adalah pusat tanggungjawab secara bersendiri.
"Kita berharap dengan penjenamaan semula HEPA dan alumni ini akan membolehkan usaha pembangunan alumni dapat dibuat dengan lebih berkesan serta berupaya membawa seramai mungkin alumni untuk kembali dalam pembangunan universiti secara berterusan di dalam dan di luar negara," kata Adnan selepas merasmikan Program Novel Research and Innovation Competition (NRIC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar USM di sini hari ini.
Teks: Mohamad bin Abdullah
#MPRC
- Created on .
- Hits: 995