USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUKUM 2015 : USM TEKAD KEKAL PRESTASI CEMERLANG

DSC 0032hh
 
PULAU PINANG, 13 Ogos 2015 – Seramai 120 orang atlit daripada pelbagai lapangan sukan akan membawa nama Universiti Sains Malaysia (USM) ke Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM 2015) yang bermula dari 17 hingga 23 Ogos di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Menurut ketua kontingen, Tuan Hj Muhamad Mohd Hanif, beliau percaya dengan kekuatan sedia ada dan ditambah dengan persiapan latihan terbaik atlit-atlit yang bertanding, USM mampu meraih pingat dalam setiap kategori yang disertai.
 
DSC 0020hb
“Selain itu, atlit yang terpilih ke SUKUM kali ini boleh disifatkan terbaik kerana kita hanya mengambil bahagian dalam 8 jenis sukan sahaja, dengan mengambil kira pencapaian terakhir pada kejohanan sebelumnya,” katanya selepas merasmikan majlis penyerahan bendera kepada kontingen di Stadium Olahraga USM.
Tambahnya lagi, walaupun sukan merupakan satu aktiviti riadah, namun ianya bukan sebab untuk para atlit mengambil mudah dan tidak mempamerkan kesungguhan mereka.
 DSC 0022jhh
“SUKUM boleh diklasifikasikan sebagai ‘riadah elit’ kerana selain objektifnya bertanding bagi mengharumkan nama universiti, ada atlit yang mempunyai pengalaman luas termasuk yang pernah mewakili negara.
Muhamad juga mengingatkan atlit yang mengambil bahagian supaya sentiasa menjaga disiplin diri dan mempamerkan semangat juang kesukanan yang tinggi, dan menerima sebarang keputusan dengan pemikiran positif dan hati yang terbuka.
“Semoga sasaran 8 pingat emas kita berjaya dicapai, dan saya percaya ini bukan sekadar harapan, malah impian yang akan menjadi kenyataan.”
 
DSC 0035jhvg
DSC 0036v 
DSC 0037uyg
 
Kontingen USM akan mengambil bahagian dalam 8 jenis sukan iaitu olahraga, sepak takraw, bola sepak, ping pong, tenpin boling, futsal, boling padang dan lumba basikal, bertanding dalam 12 daripada 25 kategori yang dipertandingkan.
 
Teks: Mohamad Danial Shahri/Foto : Zamani Abdul Rahim
  • Created on .
  • Hits: 1270

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024