USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PERAK JADI YANG PERTAMA PAPAR MAKLUMAT JENAYAH DI CCPS

PULAU PINANG, 13 Ogos 2015 – Hasil kolaborasi penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), penduduk di negeri Perak akan mendapat faedah dari projek inovatif Sistem Pencegahan Jenayah Komuniti yang akan direalisasikan secepat mungkin sekaligus menjadi yang pertama mendapat maklumat jenayah secara terus dari PDRM serta cara mengelak dari menjadi menjadi mangsa terutamanya jenayah jalanan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM Kontigen Perak, SAC Selvam A/L Tharmalingam berkata usaha ini bertujuan untuk merapatkan masyarakat dengan polis dan juga memberi paparan dan maklumat tentang jenayah yang relevan kepada tatapan orang ramai.

"Melalui sistem ini satu paparan skrin akan dipasang yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang maklumat jenayah jalanan yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan situasi jenayah di Perak selain sistem ini mampu menjadi satu platform kerjasama antara masyarakat dengan polis yang membolehkan masyarakat tampil ke hadapan jika mempunyai maklumat yang boleh disalurkan kepada polis untuk mengurangkan kadar Jenayah," tambahnya.

Selvam menambah, kerjasama ini juga satu usaha murni antara USM dan PDRM untuk mengurangkan jenayah dan satu usaha di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Manakala menurut Pengarah Pusat Inisiatif Penyelidikan Sastera Liberal dan Sains Sosial USM, Profesor Dr Ruslan Rainis, pencegahan jenayah haruslah melibatkan komuniti dan maklumat daripada masyarakat adalah sangat penting dalam membenteras jenayah.

"USM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang fokus kepada penyelidikan yang berkaitan dengan jenayah dan menjalankan projek perintis di bawah peruntukan geran yang bernilai kira-kira RM1 juta dengan 11 projek penyelidikan yang berkaitan jenayah remaja meliputi pelbagai aspek yang akan dijalankan dalam tempoh 2 tahun," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Bengkel "Community Crime Prevention System" di Dewan Persidangan Utama USM hari ini.

Tambah Ruslan lagi, memandangkan ini merupakan projek perintis, bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk mendedahkan sistem ini dan berkongsi idea bersama ketua-ketua polis daerah di negeri Perak sebelum PDRM melancarkannya dijangka pada bulan hadapan dan diharapkan dapat dilaksanakan juga di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Teks: Marziana Mohamed Alias & Syuhada Abd Aziz/Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1277

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024