USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MEMPERKUKUH KEFAHAMAN PENYUSUAN IBU MELALUI BENGKEL ULANGAN LAKTASI

KUBANG KERIAN, 10 Ogos 2015 – Pengalaman dan kepakaran yang terdapat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dimanfaatkan melalui perkongsian dengan 30 orang kakitangan Hospital Pakar Perdana (KPJ) Kota Bharu dalam Bengkel Ulangan Laktasi sebagai kesinambungan dari bengkel yang sama tahun lalu.

Bengkel Pengurusan Laktasi 20 jam pernah diadakan sebagai susulan sekurang-kurangnya selepas enam bulan ia dilaksanakan.

“Bengkel ini bertujuan mengingatkan semula sesetengah kemahiran yang lama ditinggalkan serta dapat membantu peserta untuk kembali mengingati teknik-teknik penyusuan untuk mengamalkannya dengan lebih berkesan,” kata Nazirah.

Nazirah berkata, bengkel ini diadakan selama satu hari dengan pengisian-pengisian baru yang lebih bersifat praktikal dengan mengubahsuai pengetahuan sebelum ini untuk diaplikasikan di kawasan klinikal dengan memperkenalkan topik baru iaitu "Pendidikan kepada ibu-ibu yang tidak menyusu dengan susu ibu.

“Bengkel ini dijalankan menggunakan teknik pembelajaran ‘SCORPIO’ iaitu semasa sesi pratikal, peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan diberi penerangan, demonstrasi serta melakukanmya sendiri dengan memberi maklum balas terhadap perkara yang telah dilakukan seperti yang digunakan dalam projek ‘Sea-Urchin’ yang ternyata berkesan,” jelasnya lagi.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail/Foto: Ehsan Sekretariat Laktasi

  • Created on .
  • Hits: 1158

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024