USAHA MEMPERKASA HOSPITAL PENGAJAR
KOTA BHARU, 10 Ogos 2015 - Pusat Transformasi Insan (PTI) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia menganjurkan seminar Hospital Pengajar Universiti (HPU) selama dua hari di Hotel Grand Riverview Kota Bharu mulai hari ini.
Seminar yang dihadiri seramai 80 orang peserta dari seluruh Universiti Awam di Malaysia bertujuan untuk memperkasakan fakulti Perubatan di universiti Awam, memantapkan program pasca Siswazah bagi melahirkan pakar perubatan, memahami halatuju, peranan dan tanggungjawab Hospital pengajar universiti dan membantu hospital pengajar universiti yang bakal ditubuhkan agar peranannya sejajar dengan peranan hospital pengajar universiti.
Menurut Timbalan Pendaftar di Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan Hj. Anislan Yusoff, seminar ini diisi dengan perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh tokoh serta pakar-pakar perubatan yang dari universiti awam dan swasta yang mempunyai pengalaman berkhidmat dan mengurus hospital pengajar.
Antaranya adalah Pengarah Governan Institut Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Norina Jamaludin yang menyampaikan ucap utama "Halatuju Hospital Pengajar Universiti dalam konteks Pengajian Tinggi Malaysia”, Dekan/Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali yang menyampaikan syarahan "Peranan Hospital Pengajar dalam Universiti Awam: Isu dan Cabaran” dan pensyarah di Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd Hussin yang menyampaikan tentang "Penjanaan kewangan di Hospital Pengajar Universiti - Private Wing vs Private Hospital".
Turut menyampaikan pandangan ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah tentang Konsep dan Pelaksanaan Hospital Pengajar Universiti: Di mana titik pertemuan antara perkhidmatan, akademik, inovasi dan penyelidikan dari perspektif umum.
Menurut Norina, Hospital Pengajar Universiti memainkan peranan dalam tiga fungsi utama iaitu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, menjalankan penyelidikan dan inovasi dan memberikan perkhidmatan kepada pesakit.
Teks: Wan Azahar Wan Ahmad/Photo: Mohd Ridzuwan Ramly
- Created on .
- Hits: 1884