USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BEYOND REHAB MENANG EMAS ICC WILAYAH TIMUR

1439202982497

KUBANG KERIAN, 9 Ogos 2015 – Alat rawatan pemulihan anggota, ‘Multi Upper Limb Exercise’ (Mul-Ex) hasil inovasi Kumpulan ‘Beyond Rehab’ daripada Unit Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berjaya merangkul Anugerah Emas di pertandingan ‘Regional Convention Team Excellence (ICC)’ Peringkat Wilayah Timur pada 5 dan 6 Ogos lalu.

Menurut Ketua Kumpulan Beyond Rehab, Nurul Wahida Zulkifli, Mul-Ex merupakan projek inovasi kedua bagi kumpulan mereka yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan dianggotai oleh seramai 10 orang staf daripada pelbagai bahagian di unit pemulihan.

“Mul-Ex adalah satu alat yang mempunyai enam fungsi dalam membantu pemulihan anggota atas bagi kelemahan otot untuk pesakit yang mengalami kepatahan, strok, neuro serta kelecuran dengan mengambil kira masalah pesakit yang menggunakan peralatan sedia ada," kata Nurul Wahida.

1439202983134

Berdasarkan pengalaman kerja dan pengamatan ahli-ahli kumpulan ini, alat sedia ada dikatakan mengganggu proses rawatan kerana pesakit perlu berpindah dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain untuk membuat senaman mengikut keperluan berbanding dengan Mul-Ex yang membolehkan pesakit berada di satu tempat dan tidak memerlukan ruang yang luas.

Fasilitator kumpulan tersebut, Hasnetty Zuria Mohammed Hatta menjelaskan, alat ini mudah dikendalikan dan sepanjang tempoh percubaan kepada pesakit, maklum balas yang diterima amat memberangsangkan.

1439202963287

1439202980168

“Alat ini dapat menampung keperluan pesakit berbanding dengan alat sedia ada yang menghadkan proses peralatan dengan memerlukan ruang yang luas apatah lagi penggunaan alat hanya kepada satu fungsi dan sukar mendapatkan pembekal kerana alat tersebut perlu diimport dari luar negara," kata Hasnetty Zuria.

Kos menghasilkan alat ini seunit ialah RM200 berbanding dengan yang sedia ada sebanyak RM13,300.

Tambahnya, kejayaan ini dicapai hasil komitmen dan kesungguhan semua ahli yang sanggup meluangkan untuk perbincangan selepas waktu pejabat malah penyediaan alat ini adalah hasil tabungan ahli-ahli kumpulan.

1439202981511

Kumpulan Beyond Rehab memenangi anugerah bagi kategori teknikal dari keseluruhan 46 kumpulan menyertai pertandingan tersebut bagi Kategori Teknikal dan Pengurusan yang membolehkan mereka bertanding pada peringkat kebangsaan pada November nanti.

Teks: Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto: Ehsan Kumpulan Beyond Rehab

  • Created on .
  • Hits: 1050

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024