USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT PENGAJIAN SAINS KIMIA KOMITED PACU USAHA KELESTARIAN

 DSC9713fghfg

PULAU PINANG, 5 Ogos 2015 – Pusat Pengajian Sains Kimia Universiti Sains Malaysia (USM) komited memacu kelestarian kampus melalui inisiatif memberi kesedaran serta memperkenalkan penggunaan alatan makmal seperti bikar mahupun kimia mikro skala yang lebih kecil supaya kos dan pembuangan bahan-bahan kimia di makmal-makmal sekolah dan universiti dapat dikawal.

Demikian kata Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Che Mahmood dalam sesi temubual khas bersama TVUSM bersempena 5th International Conference For Young Chemists (ICYC) 2015  yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar Ijazah Tinggi Pusat Pengajian Sains Kimia.

 DSC9725rty

 DSC9782gh

“Kimia hijau bukanlah bidang baharu tetapi merupakan satu inisiatif oleh ahli kimia dan mereka yang terlibat dalam bidang-bidang kimia secara langsung mahupun tidak langsung untuk melestarikan persekitaran dalam keadaan kita tidak mahu bahan buangan terlalu banyak dan juga berbahaya kepada masyarakat,” jelasnya lagi.

Tambah Wan Ahmad Kamil, dengan mengambil contoh kimia mikro skala atau bikar besar yang digunakan di makmal-makmal sekolah mahupun universiti menyebabkan lebih banyak bahan-bahan kimia digunakan dan membabitkan kos yang agak tinggi untuk sesuatu penyelidikan dihasilkan selain kos dan risiko untuk membuang bahan-bahan tersebut.

“Di USM, bikar mahupun kimia mikro skala digunakan dalam kuantiti yang kecil tanpa mengubah prinsip-prinsip kimia yang telah ditetapkan selari dengan usaha memastikan kelestarian hari esok”, kata Wan Ahmad Kamil lagi.

 DSC9730ghj

 DSC9719ghh

Pihaknya  berbangga dan memuji inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh staf dan para pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia melalui program-program “Outreach” yang berterusan dalam memberikan kesedaran dan memperkenalkan bikar mahupun kimia mikro skala kecil kepada para pelajar di beberapa buah sekolah menengah di Malaysia dalam usaha kelestarian ini.

Selain itu, Wan Ahmad Kamil turut berharap agar persidangan yang diadakan dua tahun sekali ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk mendedahkan mereka para pelajar ijazah tinggi dengan jalinan-jalinan antarabangsa serta mengukuhkan hubungan universiti-industri pada masa hadapan.

ICYC 2015 yang bertemakan “Green Chemistry Towards A Sustainable Tomorrow” ini merupakan program dua tahun sekali yang dianjurkan sepenuhnya oleh Pelajar Pascasiswazah Pusat Pengajian Sains Kimia dengan jumlah penyertaan seramai 143 peserta termasuk 74 pembentangan secara lisan, 60 pembentang poster dan sembilan orang peserta seminar dengan jumlah peserta tempatan seramai 117 orang dan peserta antarabangsa 26 orang; manakala peserta dari USM 66 orang, peserta bukan dari USM 77 orang serta 16 orang penceramah jemputan.

 DSC9743ghjh

 DSC9795hg

 DSC9806dfgdfg

Yang hadir ialah, Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan; Timbalan Dekan Penyelidikan Pusat Pengajian Sains Kimia merangkap Ketua Lembaga Penasihat ICYC 2015 Profesor Dr. Bahrudin Saad, para pembentang kertas kerja dan para peserta seminar.

Teks: Siti Naquiah Abdillah/Foto: Mohamad Danial Shahri 

  • Created on .
  • Hits: 1375

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024