USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SUMBANGAN RAYA CERIAKAN PESAKIT KANAK-KANAK

IMG 0941

KUBANG KERIAN, 5 Ogos 2015 – Kegembiraan terpancar di wajah 22 pesakit kanak-kanak apabila Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal hari ini meluangkan masa melawat dan menyampaikan sumbangan berupa biskut bersama duit raya di Wad Pediatrik 2 Selatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). 

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang diatur sempena Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Kampus Kesihatan. 

IMG 0955

IMG 0976

Menurut Pengerusi Penganjur, Profesor Dr Wan Faisham Wan Ismail, sumbangan ini adalah bertujuan untuk memberikan keceriaan kepada pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di wad tersebut.  Dengan cara ini, kami bukan sahaja dapat menggembirakan mereka tetapi apa yang lebih penting adalah untuk mendekatkan hubungan dengan pesakit.

Semasa lawatan itu juga, Ahmad Shukri berkesempatan melihat proses pembelajaran dan pengajaran yang dikendalikan oleh guru-guru daripada program ‘Sekolah Dalam Hospital’ (SDH).  Proses pengajaran secara perseorangan itu menarik minat pelajar di mana ada di antara pesakit yang menjalani rawatan dalam jangka masa panjang di hospital, mampu menjadi pelajar cemerlang hasil daripada pembelajaran tersebut. 

IMG 0991

IMG 0997

“Saya amat teruja dengan kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pesakit bagi memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam pelajaran walaupun sedang menerima rawatan di hospital,” kata Ahmad Shukri.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman dan Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah.

Teks:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Foto:  Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 1082

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024