USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AECUSM DIDIK PENYELIDIK ETIKA DAN PROSEDUR GUNA HAIWAN

sdfdf

PULAU PINANG, 3 Ogos 2015 – Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Pusat Penyelidikan & Perkhidmatan Haiwan (ARASC) dan Jawatankuasa Etika Haiwan (AECUSM) mengukuhkan lagi pencapaian dalam bidang sains dengan penganjuran bengkel Pertimbangan Etika & Praktikal Dalam Penggunaan Haiwan untuk Sains buat kali ketiga.

Dekan PPSF, Profesor Dr. Munavvar Zubaid berkata, bengkel ini diadakan untuk menjelaskan pentingnya untuk mendapatkan pelepasan AECUSM, prosedur dan perbandingan etika jawatankuasa di seluruh dunia berkaitan penggunaan haiwan untuk penyelidikan dalam bidang sains ini.

“AECUSM adalah satu-satunya jawatankuasa etika haiwan di Malaysia yang mempunyai ahli dari semua kategori (A,B,C & D), dan ini merangkumi mereka yang layak terdiri daripada pakar-pakar dan juga ahli-ahli yang tidak mempunyai pandangan umum ketika menilai aplikasi berkaitan dengan perkara ini,” tegasnya sebagai Pengerusi AECUSM.

fgfg

Menurutnya lagi, bengkel ini bertujuan mendidik, melatih dan melengkapkan para pelatih penyelidikan dengan pengetahuan etika dan praktikal yang diperlukan untuk menggunakan haiwan dalam penyelidikan mereka mengikut piawaian antarabangsa.

“Dengan menyediakan latihan melalui bengkel ini, AECUSM dapat memastikan penyelidikan yang berkualiti dengan ahli akademik USM dan pascasiswazah mematuhi dan memenuhi keperluan etika kerja penyelidikan haiwan berasaskan faktor impak jurnal antarabangsa yang berprestij tinggi dapat dicapai untuk menyumbang kepada Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Negara Malaysia," tambahnya.

Sementara itu, Pensyarah PPSF merangkap Setiausaha bengkel, Dr. Hassaan Anwer Rathore berkata, sebagai ahli AECUSM, bengkel seperti ini sangat baik dan mampu menyumbang kepada peningkatan pengetahuan penyelidik baru di USM yang menyediakan wawasan kepada para peserta untuk pertimbangan etika dalam merekabentuk eksperimen penyelidikan haiwan berasaskan rekaan yang menggabungkan konsep 3R iaitu Reduction (Pengurangan), Refinement (Penghalusan) dan Replacement (Penggantian) dalam metodologi mereka.

fggf

“Bengkel ini juga memberi latihan hands-on bagaimana untuk mengendalikan haiwan makmal dengan tekanan yang minimum terhadapnya dan langkah-langkah keselamatan yang penyelidik harus terima pakai untuk melindungi diri mereka daripada mendapat kecederaan yang disebabkan oleh haiwan tersebut ketika menjalankan aktiviti penyelidikan”, katanya lagi.

Beliau berharap peserta akan menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik yang dipelajari serta dikongsi bersama dan memahami bahawa penggunaan haiwan dalam penyelidikan bukan satu keistimewaan tetapi perlu mengetahui, bertimbang rasa kepada rasa sakit, tekanan dan kesusahan yang dihadapi haiwan tersebut ketika ujikaji dilakukan.

fvfgfgf

Bengkel ini berlangsung dari 4 hingga 5 Ogos 2015 di Makmal Pengajaran Farmakologi, PPSF USM dan seramai 37 peserta terlibat dalam kalangan pensyarah dan pelajar pascasiswazah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Pusat Penyelidikan Dadah & Ubat-Ubatan, Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) serta PPSF.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menjelaskan peranan, fungsi dan kepentingan Jawatankuasa Etika Haiwan Universiti Sains Malaysia (AECUSM), menyampaikan isu-isu etika dan garis panduan dalam penyelidikan haiwan, menggambarkan proses permohonan kepada AECUSM yang melaksanakan 3R Reduction (Pengurangan), Refinement (Penghalusan) and Replacement (Penggantian) dalam ujikaji haiwan untuk mengetahui aspek-aspek praktikal untuk haiwan pengendalian, penjagaan dan perumahan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Sumbangan Dr Hassaan Anwer Rathore

 

  • Created on .
  • Hits: 1926

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024