USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEBOLEHPASARAN SISWAZAH PP SAINS KAJI HAYAT TERBUKTI: 75% MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

11825714 10207262639668668 7379686085825764739 n

PULAU PINANG, 4 Ogos 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan bidang pengkhususan Sains Gunaan Biologi dan Pengurusan Vektor dan Parasit di bawah Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) bagi peringkat pelajar ijazah sarjana muda  di negara ini.

Menurut  Profesor Dr. Zairi Jaal, 61, bidang tersebut makin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar Sains Kajihayat ini menunjukkan tanda aras yang semakin popular dan menjadi salah satu bidang yang mendapat perhatian para pelajar apatah lagi mereka yang mengikuti pengkhususan ini bukan sahaja mengkaji tentang serangga, tetapi mereka juga mempelajari tentang pengurusan dan pengawalan vektor dan serangga.

11796214 10207262639908674 6420156378436173925 n

Tambah Zairi lagi, kebolehpasaran siswazah dalam bidang ini terbukti dengan 75% daripada jumlah graduan yang dihasilkan memperolehi pekerjaan dalam bidang swasta dan kerajaan sejurus selepas tamat pengajian manakala selebihnya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana.

Graduan Biologi and Pengurusan Vektor dan Parasit  turut mendapat permintaan tinggi di negara-negara jiran seperti Singapura dan ini merupakan antara pencapaian terbaik PPSK.

“Sebilangannya ada yang ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian yang kebanyakan mereka bekerja sebagai ahli kaji serangga di Kementerian Kesihatan Malaysia, National Environment Agency (NEA) dan Pest Control Operators (PCO) di Singapura,” katanya lagi yang telah berkhidmat selama 32 tahun di USM dalam bidang Kawalan Vektor dan Serangga. Teks : Syuhada Abd. Aziz, Siti Naquiah Abdillah/Foto : Hafiz Meah Ghouse Meah/Mohd Azrul Mohd Azhar.​

  • Created on .
  • Hits: 1701

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024