USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PIPPA TINGKAT KOLABORASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

DSC 0135hvh

PULAU PINANG, 31 Julai 2015 - Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) Universiti Sains Malaysia (USM) mengangkat martabat kualiti sektor pentadbiran awam di Malaysia apabila menjadi agensi pertama di luar United Kingdom yang menjalinkan kerjasama strategik dengan Educational Competencies Consortium (ECC) yang berpusat di London.

Menurut Pengarah PIPPA, Dr. Hj. Musa Ali, kerjasama dengan ECC merupakan satu peluang yang terbaik untuk sektor awam di negara ini termasuk  USM menjalani latihan di London malah melalui kerjasama ini  serta  memberi peluang untuk mendapat akses secara tidak langsung kepada sistem pengurusan sumber manusia di 125 buah universiti di United Kingdom.

dds

sdsdd

“Jika di USM kita telah membangun dan  menggunakan sistem MyCPD iaitu sistem pembelajaran sepanjang hayat sejak tahun 2008  ECC pula  telah  mengasas  kerangka Higher Education Role Analysis (HERA) yang digunapakai untuk menguruskan kompetensi untuk staf di 125 buah universiti di United Kingdom termasuk Universiti Cambridge dan Universiti Oxford,” kata Musa.

Tambahnya lagi, selain bekerjasama menawarkan program latihan, kerjasama ini juga bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua sistem iaitu MyCPD dan HERA yang akan memberi impak tersendiri dalam konteks pembangunan modal insan di Malaysia dan negara membangun yang lain malah untuk perancangan jangka panjang, PIPPA bercadang akan memperkenalkan inisiatif ASEAN-HERA.

Setelah hampir tiga tahun penubuhan PIPPA, hasil cetusan idea daripada Naib Canselor USM sendiri, Profesor Dato’ Dr Omar Osman, PIPPA berjaya melatih lebih 4,500 orang kakitangan perkhidmatan awam pelbagai agensi selain penyertaan peserta luar negara terutama dari ASEAN, Timur Tengah dan Australia. Sejak ditubuhkan tiga tahun lalu hingga kini, PIPPA mempunyai lebih 10 rakan strategik luar negara melibatkan negara di Timur Tengah, Asia Tenggara, Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

aseaf

“Majoriti peserta yang mengikuti program anjuran PIPPA ialah staf dari pelbagai agensi pusat dengan kira-kira  lima peratus peserta keseluruhan datang daripada kalangan antarabangsa yang  memberi impak tersendiri kepada program-program anjuran PIPPA, misalnya, program di Dubai, peserta yang hadir datang adalah dari pelbagai negara seperti  Qatar, Arab Saudi dan Malaysia,” kata Musa.

Ini juga tambahnya, memberi peluang  kepada  peserta belajar tentang metodologi yang dikongsi oleh fasilitator, serta  mereka juga dapat berkongsi pengalaman bagaimana negara masing-masing  melaksanakan sesuatu program dan hal ini sesuatu yang jarang didapati dalam program latihan yang ditawarkan agensi-agensi lain.

dvdvdvdv

ffgsfgsg

IMG 20150802 WA0020

Sehingga kini, PIPPA menawarkan program latihan di tujuh lokasi antarabangsa termasuk Malaysia, negara ASEAN, Australia, Korea, Hong Kong, Eropah dan negara Timur Tengah.

Di samping menawarkan program latihan, PIPPA juga terlibat dalam penyelidikan dan kerja-kerja perundingan, misalnya menjalankan perundingan untuk pelbagai agensi dalam membangunkan pelan strategik jabatan masing-masing di samping membangunkan kerangka pelan sumber manusia yang menyeluruh.

Dalam konteks USM, PIPPA juga terlibat dalam membangunkan Pelan Induk USM2020 dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Institusi (BPI).

“Untuk Pelan Induk USM2020, PIPPA terlibat dalam membangunkan metodologi yang akan dijadikan garis panduan dengan mengambil kira tiga elemen iaitu soal tadbir urus, pengurusan bakat dan pengurusan sumber,” kata Musa.

Tegasnya, dengan adanya metodologi yang bersesuaian, pihak USM akan menggunakan kaedah-kaedah yang bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa untuk memungkinkan Pelan Induk USM2020 dapat dibangunkan secara komprehensif dan yang lebih penting ia boleh dilaksanakan dan dipantau secara sistematik.

Teks: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1224

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024