USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENGHARAPKAN HAJI MABRUR

11796341 10207241093250021 320108277997049996 n

PULAU PINANG, 2 Ogos 2015 - Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2015 yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di kampus induk USM malam tadi.

Pengarah Pusat Islam, Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Bin Saleh berkata, kursus pra ibadah haji ini menampilkan replika seperti jamrah, khabah dan lain-lain sebagai simulasi untuk para jemaah merasai suasana sebenar sebelum melaksanakan ibadah haji secara rasmi di tanah suci kelak.

11817040 10207241109530428 1400609270797962935 n

"Melalui pengalaman yang dilalui oleh Tabung Haji yang diceritakan oleh para pengurus haji, terdapat para jemaah yang melakukan beberapa kesilapan tertentu semasa berada di tanah suci oleh itu penganjur telah menambah beberapa lagi kesilapan secara disengajakan agar ia menjadi panduan kepada para jemaah kerana kadang-kadang kesilapan ini tidak dapat dirasai semasa jemaah melaksanakan haji," katanya.

Menurut Idiris, kursus seperti ini, mudah-mudahan menjadi penyumbang kepada kesempurnaan para jemaah untuk memperolehi haji yang mabrur.

Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB), Profesor Dr. Azlan Amran, 43, amat bersyukur kerana memperolehi banyak rezeki pada tahun ini dan yang paling bernilai ialah dapat menjadi tetamu Allah SWT untuk ke tanah suci menunaikan ibadah haji.

11800127 10207241108130393 9022629107921483606 n

11831674 10207241107330373 2139828072421903921 n

"Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan terutama majikan saya USM serta tabung haji kerana melaksanakan kursus ini untuk persediaan yang lebih lengkap kepada para jemaah," katanya.Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) USM, Dr. Zakaria Bahari, 55, amat bersyukur kerana pengurusan tabung haji memberi latihan dan tunjuk ajar yang berkesan dalam menyediakan para jemaah dengan ilmu yang diperlukan.

"Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada USM yang juga telah memberi sokongan kepada kami untuk ke tanah suci ini dengan memberi cuti dan persediaan lain yang berkaitan," tambahnya lagi.

Jurutera Awam Jabatan Pembangunan USM, Zakaria Bin Mohd Abas, 49, pula berharap semoga apa yang dihajatinya dan rakan-rakan tercapai untuk memperolehi haji yang mabrur tahun ini.

11145131 10207241095290072 5518579216080963196 n

"Terima Kasih USM dan juga Tabung Haji dengan penyediaan tunjuk ajar yang padat dan mempunyai pengisian yang berguna ini,” tambahnya lagi.

Jemaah wanita USM dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Sabrinah Abdul Mutaliff, 33, berkata peluang yang diperolehi ini amatlah bermakna kerana terpilih menjadi salah seorang jemaah setelah mula mendaftar dari tahun 2007 untuk ke tanah suci ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada USM yang membantu saya untuk melancarkan lagi ibadah haji pada tahun ini melalui bantuan yang diberikan dari aspek tertentu yang berkaitan," katanya.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang, Dato' Syed Saleh Bin Syed Abdul, kursus berkonsep simulasi ini adalah persediaan terakhir sebelum para jemaah ke tanah suci untuk mengerjakan rukun kelima ini.

"Kursus ini untuk mengukuhkan fahaman masing-masing melalui perlaksanaan latihan amali yang telah dan akan diadakan untuk mempersiapkan para jemaah berkaitan Ibadah haji secara keseluruhan," tegasnya ketika memberi ucapan aluan.

11828778 10207241101410225 4703007770820536558 n

Pada tahun ini, kursus diadakan pada 1 dan 2 Ogos 2015 di USM yang mengumpulkan seramai 769 orang jemaah haji dari negeri Pulau Pinang.

Yang turut hadir ke majlis perasmian Kursus Perdana Haji ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Farizan Bin Darus; Mufti Negeri Pulau Pinang, Dato' Dr. Haji Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1531

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024