UNIT INTEGRITI ANJUR PROGRAM BERSAMA JABATAN PEMBANGUNAN USM
PULAU PINANG, 31 Julai 2015 – Unit Integriti, Pejabat Perundangan USM mengadakan Program Integriti Bersama Jabatan Pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM) yang melibatkan kesemua staf dari pelbagai gred perkhidmatan dalam usaha mendidik seluruh warga untuk lebih memahami dan menghayati integriti sebagai amalan hidup.
Program yang julung-julung kali diadakan ini dihadiri oleh Pengarah, Jabatan Pembangunan Hj. Aziz Che Jusoh dan Penasihat Undang-Undang Khairul Anuar Che Azmi.
Khairul Anuar turut berkongsi pengalamannya dalam syarahan bertajuk Integriti dan Perundangan Dalam Perkhidmatan di USM.
Sementara itu, bekas Majistret Kuala Krai yang pernah disabitkan dengan kesalahan terlibat dengan rasuah pada tahun 2010 yang kini menjadi penceramah bebas Firdaus Ramlan berkongsi pengalamannya dalam pengkisahan yang bertajuk "Dari tirai besi: pengalaman tersugung dek rasuah, bangun membendung rasuah", memberikan kesan mendalam kepada semua peserta sehingga ada yang menitiskan air mata.
Pengkisahannya amat memberikan impak dan menyentuh perasaan apabila diceritakan bahawa rasuah itu turut terpalit kepada keluarga beliau.
- Created on .
- Hits: 1220