USM HARGAI WARGA YANG BEKERJA DI HARI PERAYAAN
PULAU PINANG, 17 Julai 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) menghargai warganya yang bertugas di hari perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri ini.
Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, kita sangat hargai pengorbanan mereka seperti lebih 500 orang doktor dan jururawat yang bertugas di Hospital USM setiap hari termasuk mereka yang on-call serta lebih 60 orang pegawai keselamatan yang bertugas menjaga kampus tatkala warga lain bercuti dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga.
"Kita sentiasa menghargai mereka sama seperti anggota pasukan polis, doktor dan jururawat di hospital-hospital seluruh negara dan ramai lagi yang mengorbankan masa bersama keluarga demi kepentingan masyarakat," kata Omar.
Naib Canselor menyampaikan kuih raya kepada pegawai keselamatan bertugas di pondok keselamatan USM hari ini. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Profesor Madya Dr. P. Sundramoothy.
Sundramoorthy menyifatkan ingatan seperti memberikan kuih raya ini menggambarkan keprihatinan universiti kepada mereka yang bertugas dan tentunya membangkitkan lagi semangat mereka.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1495