JABATAN TRAUMA DAN KECEMASAN, HOSPITAL USM ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENEMAN PESAKIT
KUBANG KERIAN, 14 Julai 2015 - Jabatan Trauma dan Kecemasan, Hospital USM mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama staf Jabatan Trauma dan Kecemasan bersama-sama waris yang menunggu pesakit mendapat rawatan.
Majlis yang diadakan setiap tahun di jabatan kecemasan ini adalah untuk meraikan staf yang bekerja untuk terus memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit yang datang tidak kira waktu dalam tempoh 24 jam, 7 hari seminggu.
Bermula pada tahun ini, Jabatan Trauma dan Kecemasan, Hospital USM mengadakan jamuan pada setiap hari untuk memudahkan warga staf dan peneman pesakit berbuka puasa tanpa meninggalkan perkhidmatan.
Ketua Jabatan Trauma dan Kecemasan, Hospital USM, Dr. Abu Yazid Md Noh berkata majlis bertemakan santai ini diadakan setiap tahun untuk membantu warga pesakit yang datang mendapat rawatan di jabatan trauma dan kecemasan, Hospital USM serta mengeratkan hubungan ukhwah.
Majlis ini juga dihadiri oleh pasukan ‘mobile’ daripada Unit Perubatan Transfusi (Derma Darah), Hospital USM yang mengambil kesempatan menambahkan bekalan darah sempena persediaan hari raya ini yang turut disertai Ketua Jabatan Kecemasan, doktor-doktor pakar kecemasan, pelajar sarjana perubatan kecemasan, warga staf dan peneman pesakit yang menderma darah pada majlis tersebut.
Yang turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Dr. Zaidun Kamari.
Teks/Foto: Abdul Aziz Latif/Eddy Masry Mohamed
- Created on .
- Hits: 1205