KANITA USM HULUR SUMBANGAN KEPADA IBU TUNGGAL
PULAU PINANG, 14 Julai 2015 - Pusat Kajian Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia dan Ahli Majlis KANITA menyampaikan sumbangan barangan runcit kepada 23 orang ibu tunggal berusia di antara 26 tahun hingga 73 tahun di Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.
Menurut Pengarah KANITA Profesor Madya Dr. Noraida Endut, sumbangan ini disampaikan kepada Persatuan Ibu Tunggal Daerah Barat Daya Pulau Pinang di rumah Pengerusinya Juriah Semat.
"Kami menyampaikan barangan runcit seperti beras, minyak, gula dan sebagainya bernilai lebih kurang RM55 seorang melalui sumbangan yang diberikan oleh beberapa orang Ahli Majlis KANITA dan rakan-rakan di dalam dan luar USM yang dibungkus dan diuruskan oleh warga KANITA sebagai keprihatinan terhadap mereka dalam menyambut perayaan Aidilfitri ini," kata Noraida.
Teks: Mohamad Abdullah/Foto: KANITA
- Created on .
- Hits: 836